Seakan mengerti,
Betapa mendungnya hati,
Keputusan ini menghenyak rasa,
Remuk redam menghimpit jiwa,
Namun, haluan kita berbeza,
Walau destinasinya sama,
Bertemu yang Maha Esa.
Terpisah kerana syariat,
Walau hati berat,
Akal sentiasa mengingat,
Agar tak tersesat.
Namamu sentiasa dalam doaku,
Moga kembali bertemu,
Di negeri nan satu,
Kulepaskanmu seikhlas hatiku.
bae@19102018
Remuk redam menghimpit jiwa,
Namun, haluan kita berbeza,
Walau destinasinya sama,
Bertemu yang Maha Esa.
Terpisah kerana syariat,
Walau hati berat,
Akal sentiasa mengingat,
Agar tak tersesat.
Namamu sentiasa dalam doaku,
Moga kembali bertemu,
Di negeri nan satu,
Kulepaskanmu seikhlas hatiku.
bae@19102018
Bukit Batu Belubang, Lingga, Indonesia
DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.
21 Comments
Alahai... Sedihnya, sis.
ReplyDeleteApapun, kalau perpisahan krn Allah, pasti ok. Ada hikmahnya tu kan...
saja la perasaan dan terhasillah puisi ni haha
DeleteIt sounds sad. But be grateful what God planned for you! God bless you sister.
ReplyDeleteindeed i m grateful for everything
DeleteCantiknya gambar tu. Biru air laut tu. Tak pernah sampai ke Lingga, Indonesia. Luahan hati yang sedih la sis...
ReplyDeletebatu belubang ni adalah satu pulau yang kecik. penduduk pun sikit je, tapi view superb
DeleteWah puitis subgguh boleh jadi pelirik lagu ni... cer hantar pd penyanyi kut mrk suka haha
ReplyDeletemacam belum level tu je kak hehe. suka2 je menulis puisi
DeleteMenyimpan segala peritnya luka jauh di sudut hati. Hanya pemandangan yang jadi saksi akan segalaNya.
ReplyDeleteTerus kuat dan tabah. Insyaallah. Bahagia juga nanti.
inshaaAllah terima kasih kak atas nasihat
DeleteMemang sedih bila org yg kita sayang telah tiada di dunia. Hanya Allah shj yg tahu perasaan itu tapi kita yg hidup ini kena teruskan kehidupan dn doa moga mereka bersama org2 yg soleh
ReplyDeleteSedih dan sebak sungguh rasa baca puisi bae kali ni. Dgn gambar merenung jauh tu.. Terkesan hati kita
ReplyDeleteterkesan maknanya sampai la maksud puisinya hehe.
DeleteSedihnya baca, bilatengok gambar mesti hati sejuk sikit dengan pemandangan air laut.
ReplyDeleteMommy ni bae bab puisi otak mommy ni tak boleh nak beroperasi. Bila baca terasa kesedihannya. Tp jangan terlalu bawak sampai lupa segalanya.
ReplyDeleteCantik view laut tu. Kena pula gambar dengan puisi tu. Terasa kesedihan itu 😊
ReplyDeleteJika ia diciptakan untuk kita, pergilah jauh mana pun, ceruk mana pun pastikan akan bertemu juga. Lepaskanlah jika itu pilihan yang ada. Yang penting bahagia kan hati sendiri.
ReplyDeleteSayu je baca puisi ni. Pula tu bila tengok gambar pemandangan laut, sesuai sangat dengan puisi ni. Bestnya kalau dapat pergi duduk tepi pantai jap, tapi musim PKP ok kena batalkan niat tu
ReplyDeleteJangan sedih-sedih nanti nak nages pulak... sayu rasa hati time PKP ni lain macam, view pic tu cantik sekali...
ReplyDeleteSiapakah gerangannya itu ya..moga kamu bertemu juga satu hari nanti..
ReplyDeleteSayu I baca puisi ni... Tpi I suka sgt, sebab I jgk suka tulis puisi!
ReplyDeletehttps://rachelstruth.home.blog