Ad Code

GUNUNG DAIK ANTARA KHAZANAH LINGGA INDONESIA YANG TAK RAMAI TAHU


Dihari ketiga di Lingga, kami menelusuri khazanah di Lingga.

Sekitar 8 pagi setelah sarapan, kami menaiki speed boat untuk ke Daik daripada Kampung Pancur yang mengambil masa kira-kira kurang dari 1 jam.  Sepanjang melalui sungai ini, pemandangan yang indah namun jangan di sangka air tenang tiada buaya. memang terdapat buaya di sungai ini. Syukur Alhamdulillah buaya tidur masa kami melalui sungai ni agaknya hehe
Semua bag di letak di hadapan bot

Tempat pertama kami di bawa ke Muzium Linggam Cahaya yang kini terletak di Kabupaten Kepulauan Riau. Muzium ini di bina pada tahun 2002 di atas tanah yang di wakafkan dan di pindahkan pada tahun 2015 ke muzium baru yang terletak di Jalan Raja Muhammad Yusuf, Daik. 



Muzium Linggam Cahaya ini berlatar belakangkan Gunung Daik yang sangat terkenal di dalam pantun melayu. Namun sayangnya, seperti di dalam pantun, Gunung Daik bercabang tiga, cabang Gunung Daik kini hanya tinggal dua, atas sebab perubahan asli yang berlaku salah satu cabang itu telah patah. Apa yang menariknya di muzium ini, terdapat banyak koleksi lama seperti koleksi arkeologi, biologi, etnografik, Fiologi, Geologi, Koleksi sejarah, seni, mata wang dan sebagainya di sini.


Kami menjamu selera dulu sebelum ke tempat seterusnya. Kami makan tengahari di Warung Friska. Disini makanan sedap, tempat pun selesa dan paling penting ada wifi di sini. hehe

Peninggalan di Balai Rung Istana Damnah

Tapak Istana Damnah
Tempat khazanah kedua, kami di bawa ke tapak peninggalan istana Damnah. Walaupun hanya tinggal tapak, namun masih dapat di lihat tapak istana ini meninggalkan sejarah dan seribu satu cerita yang dapat memberi manfaat pada generasi baru. Replika sebenar Istana Damnah ini dibina bersebelahan tapak asal, kira-kira 30 meter sahaja.  Seni ukir replika istana di bina seperti istana sebenar dan ia dapat di lihat melalui ukiran di tangga dan tiang-tiang peninggalan asal istana.



Tidak jauh dari replika istana Damnah, terdapat sungai Lubuk Papan, dimana pada dahulukala, sungai ini di jadikan tempat permandian kuda-kuda milik sultan. Tempat ini adalah suatu tempat yang menarik, air sungai yang bersih dan tenang. Ia mampu menjadi satu tempat tarikan pelancong jika di jaga dengan rapi.  sempat bergambar di sungai ini dan minum air dari sungai. rasa air sungai ini seperti air mineral, bersih namun sedikit payau. Dikatakan minum air ini mampu memberi awet muda. jadi ambil berkat minum lah sikit. haha



Kami kemudian di bawa ke Pantai Pasir Panjang. Cantik sangat pemandangan di pantai ni. Air jernih dan biru membuatkan pengunjung meronta nak mandi. Tapi memikirkan tak ada baju tambahan, main kat gigi air je lah. Setelah puas kami bergambar di sini, kami menuju ke Hotel Lingga Pesona untuk berehat.



Malam nya kami ke Kampung Pancur menaiki van  untuk makan malam. Balik dari Pancur semua dah kepenatan, jadi semua berehat di bilik untuk balik ke Tanah Tumpah Darahku esok.

Post a Comment

0 Comments