Ad Code

LA PADELLA WESTERN FOOD SEDAP DAN MURAH DI PUCHONG

Assalamualaikum semua,

Dah lama tak update blog ni, rindu nak menulis sebenarnya tapi kekangan waktu. Sekarang semakin aktif dengan livestream di tiktok. Buat live nampak macam seronok kan? tapi penat yakmat ye, bercakap non stop selama dua jam rupanya memerlukan tenaga yang banyak. Kadang habis live pukul 10/11 malam, battery memang dah weak hahahaha Apa nak buat, hidup ini keras, so kita pun kena bekerja keras, sebab Allah dah janji kalau kita usaha, doa dan tawakal, Allah akan bagi, yang penting kita sabar dan solat.

Ok back to the topic, last week teringin sangat nak makan western food tapi versi marhaen hahaha Akhirnya selepas pencarian dan baca review saya memilih La Padella. Baca review makanan memang sedap marilah kita cuba.

Restoran ni betul-betul tepi jalan, parking agak limited. Masa sampai ke situ memang takda parking, so kami u-turn balik dan parking seberang jalan. Ramai je yang buat macam tu. Restoran ni memang famous ye, bila sampai tu kena beratur, bila dah ada meja baru dibenarkan masuk. Bila dah dapat nombor giliran korang boleg terus order atau boleh jugak kalau nak order bila dah dapat meja.


Malam tu saya order Spaghetti aglio olio with lamb grill. Aglio olio dia memang sedap setanding restoran mewah. Perapan kambing tu sedap, cuma blackpaper sos tu sedikit masin. Portion besar saya tapau je kambing tu. potongan kambing tu besar ye, dapat 2 keping, memang senak perut nak habiskan. Lamb tu macam liat sikit bagi saya la.


Suami pula order Spaghetti aglio olio with chicken grill. Perapan ayam sedap dan juicy, mushroom sos tu rasa biasa je. Spagthetti memang sedap lah, yang ni saya bagi 9/10 seriously memang sedap. Review jujur tau.

Saya baca review, ramai mention tentang nachos ni. Saya pun order jugak kononnya untuk appetizer la. Kalau pi berdua ja tak payah la order, sengkak perut nak habiskan. Kat sini portion makanan memang besar.

Kalau korang nak tapau, dah disediakan bekas plastik semua kat sini, ambik je sendiri, tapau lah sendiri. Saya tapau lamb chop sebab besar sangat, tak larat nak habiskan.


Tapiiiiiiiii kalau korang memang tengah lapar tak disarankan makan kat sini. Sebab waktu menunggu memang lama ye.. Korang tengok air saya tu dah nak habis menunggu makanan. Orang ramai, meja semua penuh, belum lagi yang bungkus. Kalau nak makan kat sini kena betul-betul sabar ye. Mana-mana meja yang bawak parents, atau orang tua kan, semuanya bising ahhahaha saya pun tak expect lambat. Waktu menunggu tu rasanya ada dekat 1 jam jugak. Katakan korang pi masa tengah lapar, memang akan jadi cepat marah ye haha Makcik2 kat belakang dan tepi meja saya dah merungut tak dapat makanan, ada yang dah nak cancel haha mujurlah makanan sedap, jadi kurang la sakit hati tu.


Macam ni la keadaan restorannya, restoran memang nampak biasa je, kalau dari luaran kita takkan sangka makanan teramatlah sedap dan food presentation pun macam restoran mewah ye. Korang boleh booking tapi hanya untuk 4 orang ke atas sahaja. Kalau korang nak try korang boleh ke:

La Padella Western &Italian
Jalan 3, Kampung Pasir Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Post a Comment

0 Comments