Ad Code

MERIAH RAYA DENGAN TISU CARINA GREEN TEA YANG TERBARU

Assalamualaikum semua

Sejak dulu lagi, sudah menjadi kebiasaan untuk kita menggunakan tisu di dalam kehidupan harian kita. Ini kerana tisu adalah cara yang terbaik untuk membersihkan kotoran, serta memastikan kita bebas daripada kuman, bakteria dan juga daripada virus. Tisu menyerap dengan lebih baik dan kini kita ada pelbagai jenis tisu untuk memudahkan kehidupan harian.


Memperkenalkan Carina, pengeluar tisu Malaysia yang terkenal kerana menghasilkan produk tisu berkualiti tinggi, lembut, tahan lama dan kuat yang sesuai untuk kegunaan harian. Diperbuat daripada 100% pulpa dara, Carina menawarkan pelbagai jenis produk mesra keluarga, termasuk tisu muka, kain lap basah dan tuala dapur.

Kalau korang nak tahu, CARINA adalah pengeluar tisu pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2009. Selama lebih 14 tahun, Carina masih memenuhi permintaan rakyat Malaysia dengan mengekalkan standard kualiti yang terbaik. Tisu Carina bukan hanya baik untuk kulit, malah ianya sangat lembut kerana komponen kitar semula adalah sifar. Sebab tu tisu Carina masih menjadi tisu pilihan rakyat Malaysia, harga pun berpatutan.


Tisu Carina ni ada pelbagai saiz dan kegunaan tau, dari sekecil-kecil tisu hingga yang besar, kesemuanya ada kegunaan tersendiri, yang penting ia diperlukan di dalam setiap rumah. Bukan hanya tisu, Carina juga memperkenalkan produk lain seperti wet wipes, kapas muka, dan putik kapas. Antara barangan yang terlaris adalah Carina Wallet Tissue dan Carina Soft Pack Facial Tissue.


Carina Wallet Tissue
Carina wallet tissue direka khas untuk kemudahan semasa kita dalam perjalanan, tak kira la travel atau jalan-jalan. Pembungkusan Carina Wallet Tissue adalah bersaiz sederhana, dan ia berbentuk wallet, bukan hanya tisu, korang boleh je simpan barang peribadi di dalam wallet tissue ni, memang sangat mudah selesa untuk dibawa kemana-mana.

Carina Wallet terdapat dalam Greentea dan Lavender.

Pembungkusan bersaiz sederhana membolehkan korang membawa semua barangan di dalam beg, tisu wallet ni tidak terkecuali tau. Baru lah rasa lengkap keperluan di dalam beg setiap kali keluar. Dapatkan Carina Wallet Tissue segera!

Senang di bawa kemana-mana sebab bersaiz kecil, jadinya mudah untuk simpan dalam beg tangan. Saya sentiasa pastikan Carina wallet tisu ni ada dalam beg.


Carina Soft Pack Facial Tissue
Facial tisu ini antara produk yang serba guna, kualiti penyerapan yang terbaik, menjadikan ia tisu yang sesuai digunakan di rumah atau di pejabat. Maksudnya ia boleh digunakan di mana sahaja, dan ia sangat lembut untuk kulit tau. 


Facial tissue daripada Carina lebih lembut dan tahan lama. Ia kurang berkemungkinan koyak pabila digunakan terutamanya apabila kita gunakan untuk mengelap tumpahan ataupun digunakan sewaktu korang selsema. Beberapa faktor yang menyumbang kepada tisu lembut dan tahan lama ialah:

• Kualiti gentian: Carina Facial Tissue diperbuat daripada 100% pulpa. Gentian ini mempunyai gentian yang lebih panjang, kuat dan lebih seragam yang menghasilkan tisu yang lebih licin dan tahan lama.
• Bilangan lapisan: Tisu dengan berbilang lapis biasanya lebih kuat dan lebih tahan lama daripada tisu satu lapis, Carina Facial Tissue terdapat dalam 3 lapis.

Carina Facial Tissue bukan hanya lembut tetapi ia mempunyai ketahanan, keselesaan dan penyerapan yang baik untuk pembersihan.
 
Walaupun tisu handkerchief ni kecil tapi ia padat dan tebal

Carina Handkerchiefs Travel Pack 
Ia biasanya merujuk kepada bungkusan kecil tisu padat yang direka bentuk untuk mudah dibawa semasa dalam perjalanan. Pek ini selalunya mengandungi bilangan tisu yang lebih kecil daripada tisu standard dan cukup padat untuk dimuatkan dalam beg tangan, beg galas atau beg kecil. Pek travel ini berguna untuk situasi di mana pek tisu yang lebih besar tidak diperlukan, contohnya menggunakan pengangkutan awam, atau mempunyai ruang simpan yang terhad. Ada masanya, bila keluar jalan-jalan bersama keluarga, kita rasa macam taknak bawak beg yang be insar, Carina Handkerchief travel pack ni sangat la kecil, jadi mudah untuk kita bawa bersama. Carina Travel Pack Facial Tissue ini juga dibuat dengan bahan yang lebih lembut dan lebih kuat untuk memenuhi keperluan seharian dengan lebih baik.

Senang nak simpan dalam beg bila saiz kecil macam ni kan?


Carina Lavender Wet Wipes & Antibacterial Wet Wipes
Tisu basah Carina mengandungi dengan 99% air tulen, bebas paraben dan alkohol yang biasanya tidak menyebabkan kulit sensitif dan alahan. Carina juga keluarkan Antibakteria Wipes untuk memastikan rumah atau tempat kerja korang bersih dan bebas daripada kuman berbahaya. Kedua-dua tisu basah Carina mengandungi aloe vera dan vitamin E yang dapat memberi penjagaan pada kulit. 

Ada penutup mudah buka yang kemas.

Tisu basah ni bukan sahaja antibacterial, tetapi tebal ye, kegunaan serbaguna agar kita tetap menjaga kebersihan.

Carina Wet Wipes adalah antara produk wajib saya bawa bila keluar, mudah untuk digunakan dan sangat penting ye untuk jaga kebersihan, lebih lagi di waktu penularan covid, kita kena sentiasa pastikan tangan dalam keadaan bersih untuk elak daripada berjangkit atau sakit. Tisu basah ini selamat digunakan untuk kanak-kanak dan sesuai sangat digunakan bila korang makan di luar.

Selain itu Carina juga mempunyai rangkaian produk lain seperti Carina Facial Cotton dan Carina Cotton Bud (putik kapas).

Mudah je nak tanggalkan mekap dengan facial cotton carina. Lembut dan tebal, tak mudah koyak bila guna dengan makeup remover.

Carina Facial Cotton 
Ia dihasilkan 100% daripada kapas untuk memastikan kebersihannya. Sebab itu Carina Facial Cottons sangat lembut dan ia selamat digunakan pada kulit, termasuk kawasan kulit sensitif. Ia juga  hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan kerengsaan kulit kerana kapas Carina diperbuat dari bahan semula jadi yang tulen. Yang bestnya Carina Facial Cotton selamat digunakan pada kulit wajah.

Putik kapas ni lembut je tau

Carina Cotton Bud ( Putik kapas)
Putik kapas ini diperbuat daripada 100% kapas tulen dengan polypropylene shaft yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Ia sesuai untuk membersihkan telinga, menanggalkan pengilat kuku, memakai solek, menyapu ubat pada luka dan sebagainya. Putik kapas ini sangat lembut, mempunyai penyerapan yang bagus dan ia sesuai digunakan untuk bayi.


PELANCARAN TERBARU - CARINA GREEN TEA

Carina kini melangkah lebih jauh dengan rangkaian baru iaitu Carina Green Tea. Rangkaian ini dirumus khas dengan haruman teh hijau yang menyegarkan, haruman teh hijau pada tisu Carina ini memberikan sensasi yang menenangkan. 


Ia tidak menyebabkan sebarang kerengsaan pada kawasan kulit yang sensitif. Antara produk yang ada dalam rangkaian Carina Green Tea adalah Carina Handkerchief dan Carina Wallet Tissue. Keduanya sesuai untuk kegunaan peribadi atau keluarga, saiznya yang padat memudahkan untuk dibawa ke mana-mana sahaja korang pergi.  

Carina Wallet Greentea. 
Korang boleh jugak gunakan tisu ni sebagai wallet, sebab ia ada ruang penyimpanan. Sesekali kalau saya tak bawa beg, saya akan guna tisu ini sebagai wallet saya, selit je bersama tisu hehe

Carina Handkerchief Greentea
Tisu ni kecil je tetapi tebal dan padat, tisu yang wajib ada dalam beg.


CARINA KINI DI AEON BIG & AEON WELLNESS

Berita baik untuk semua, kini korang boleh dapatkan produk Carina kesukaan korang di AEON Big & AEON Wellness. Yeayyy. Ada tawaran istimewa RAYA untuk korang cuba sendiri kesemua produk Carina. Tisu Carina adalah tisu yang terbaik untuk korang, inilah masa yang sesuai untuk korang cuba produk-produk Carina. Bersempena raya ni, semua jenis produk tisu Carina wajib ada kat rumah tau, pasti korang rasa lebih tenang bila menggunakan tisu Carina. Rumah bersih, hati pun tenang. Barulah meriah raya korang nanti. Pilih Carina untuk kelembutan, ketahanan dan kekuatan yang korang harapkan setiap hari.

Carina semestinya pilihan saya di Hari Raya

Bagi mewujudkan persekitaran yang sihat, dan mengurangkan pencemaran, Tisu Carina menghasilkan produk yang berkualiti tinggi yang mana Carina percaya produk yang berkualiti boleh mempengaruhi setiap keluarga untuk memiliki kehidupan yang lebih baik dan bersih.

Dapatkan segera di semua outlet AEON Big & AEON Wellness segera. Korang boleh tengok senarai outlet yang berdekatan dengan korang tau --->> SENARAI OUTLETS AEON BIG & AEON WELLNESS


Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :

INSTAGRAM

FACEBOOK

TIKTOK

#AeonBig #AeonWellness #CARINAMALAYSIA #MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #CarinaGreentea #LiveWithCarina #CarinaEveryday #CarinaEverywhere #AlwaysCarina

#AeonBigKepong #AeonBigPutraJaya #AeonBigKlang #AeonBigAmpang #AeonBigBukit Rimau #AeonBigSubangJaya #AeonBigTunHusseinOnn #AeonBigSriPetalingJaya #AeonBigShahAlam #AeonBigPuchongUtama #AeonBigWangsaMaju #AeonBigMidValley #AeonBigPenangPrai #AeonBigBukitMinyak #AeonBigIpoh #AeonBigSuteraUtama #AeonBigKluang #AeonBigBatuPahat

#WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

Post a Comment

2 Comments

  1. Carina memang bagus, iena pun pakai rangkaian produk tisu carena yg lavender :)

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing more of Carina items here, I'm fan to its tissue papers, especially the pocket size one. gonna check out the he cotton buds. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete