Ad Code

TIADA LAGI HIKING TRIP COMPRESS - SYARAT BARU HIKING GUNUNG DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL DI NEGERI KELANTAN

Assalamualaikum semua

Jabatan Perhutanan Kelantan telah mengeluarkan syarat baru untuk mendaki gunung-gunung yang terletak dalam hutan simpan kekal di negeri Kelantan. Bukan hanya Kelantan, sebenarnya semua Jabatan Hutan di Malaysia telah mula mengeluarkan notis dan syarat yang telah diperbaharui secara berperingkat. Saya pernah hiking beberapa gunung di Kelantan seperti Gunung Yong Yap, Gunung Tok Nenek, Gunung Chamah, Gunung Korbu, Gunung Gayong dan lain-lain. Gunung-gunung yang saya sebutkan semuanya antara gunung yang popular di kalangan pendaki.

Berikut adalah syarat-syarat pendakian dalam hutan simpan kekal di negeri Kelantan :

1. Kuota harian pendakian di kawasan gunung dan bukit adalah tertakluk kepada ketetapan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

2. Pendakian compress dan dayhike adalah TIDAK DIBENARKAN di kawasan gunung negeri Kelantan.

3.Malim gunung wajib digunakan untuk pendakian gunung, Taman negeri gunung stong atau kawasan pendakian yang ditetapkan. Hanya malim gunung perhutanan yang didaftarkan dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan yang dibenarkan membawa pendaki.

4. Kapasiti yang ditetapkan adalah 1 malim gunung : 7 orang pendaki.

5. Pendakian yang melibatkan laluan masuk dan keluar yang berbeza dan melibatkan dua atau 3 negeri perlu mendapatkan permit memasuki hutan simpanan kekal bagi negeri-negeri yang terlibat.

6. Sebarang permohonan pertukaran/penambahan pendaki perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum aktiviti.

Korang boleh rujuk lampiran yang disertakan untuk tempoh pendakian minima di Negeri Kelantan.



Maknanya kata, pada hikers yang suka trip compress tu, selamat tinggal trip compress, lepas ni kita semua hiking trip santai saja. Untuk yang banyak cuti okay lah, nak santai kan, kalau tak banyak cuti, memang trip compress menjadi pilihan.

Apapun, syarat-syarat yang diperbaharui ini semestinya adalah untuk kebaikan semua pendaki. Bukan sengaja Jabatan Hutan nak ubah syarat pendakian kan. Moga semua pendaki mengikut syarat yang telah ditetapkan dan tak ada lagi kes-kes hikers melanggar peraturan dan kemalangan di dalam hutan. Dah banyak perkara macam ni berlaku, ianya hanya menyusahkan banyak pihak, antaranya bomba.

Hiking santai janji sampai........

Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi

Blok 5, Tingkat 1 Kompleks, 
Jalan Kota Darulnaim, 
15503 Kota Bharu, Kelantan
09-7482140
forestry@kelantan.gov.my

Post a Comment

6 Comments

  1. apa maksud hiking trip compress? means kena cepat-cepat habiskan dakian ke?

    ReplyDelete
  2. baru tahu ttg isu ni.. mungkin ada sebab tertentu peraturan berubah seperti itu..huhu

    ReplyDelete
  3. Thanks for the update, tak ada lagi trip compress agak susah sebab untuk yang working tak banyak cuti

    ReplyDelete
  4. Ohh....need longer leave approval to enjoy hiking trips next time, thanks for this news update so I'm aware of it when I wish to resume my hiking again. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Akak bagusnya akak tahu info ni dan share. Hiking bebaik k. All the best.

    ReplyDelete