Ad Code

MAJLIS "BACK TO LIFE" DI KLINIK PREMIER BANGSAR MEMPERKENALKAN RAWATAN PROFHILO DAN COOLSCULPTING

Assalamualaikum semua

Rawatan estetik atau dipanggil kosmetik ialah prosedur tanpa pembedahan dibuat khas untuk memerangi tanda-tanda penuaan, meremajakan dan menyegarkan kulit. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membantu menghilangkan pigmentasi, merawat jerawat, parut, dan yang paling popular adalah menegangkan kulit. Saya tak begitu biasa dengan kaedah rawatan kosmetik ini tapi bila dah tau rasa macam nak mencuba juga, mudah-mudahan ada rezeki ya.

 
Sabtu lepas, saya berpeluang mengunjungi Klinik Premier di Bangsar. Klinik Premier merupakan klinik yang menyediakan rawatan estetik premium di Malaysia dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, yang dapat membantu korang lebih yakin dengan kulit dan badan sendiri. Klinik ini menggunakan teknologi penjagaan kulit yang terkini dan dengan bantuan doktor estetik yang bertauliah, korang pasti akan dapat hasil yang korang inginkan. Klinik Premier ini diperakui LCP yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia ya. Antara rawatan yang disediakan di Klinik Premier cawangan Bangsar ini, adalah Profhilo dan Coolscupting.

Dr. Rachel menerangkan tentang profhilo

RAWATAN PROFHILO

Ia adalah rawatan melalui suntikan asid hyaluronik yang unik, yang mempunyai aktiviti merangsang yang berpanjangan pada sel-sel kulit. Apabila disuntik ke dalam kulit, Profhilo® merangsang reseptor sel kulit untuk mengatasi kelonggaran kulit dan memperbaiki serta memulihkan kulit agar lebih tegang. Ia juga akan merangsang kolagen dan elastin ke dalam lapisan kulit yang lebih dalam.

Bersih dan selesa ruang untuk rawatan profhilo

Dr. Rachel menerangkan proses rawatan; menandakan kawasan yang akan disuntik profhilo; menyuntik profhilo pada kawasan yang diinginkan.

Rawatan ini di terangkan oleh Dr Rachel, yang berpengalaman untuk rawatan estetik. Menurut Dr. Rachel, bukan hanya kulit wajah, kulit di bahagian badan lain seperti leher, tangan dan lengan semuanya boleh dirawat dengan Profhilo. Dan semestinya rawatan ini 100% selamat digunakan.

Dr. Soo Winci menceritakan pengalaman sepanjang proses rawatan di Klinik Premier

 Salah satu testimoni untuk rawatan ini adalah Dr. Soo Winci, Miss Malaysia 2008 dan juga selebriti di Malaysia. Pada hari tersebut, Dr Rachel, siap tunjuk macam mana prosedur yang dilakukan menggunakan profhilo ini. Prosedur rawatan tak lama pun hanya 10 minit je, kami yang tengok prosedur tu terus tanya Dr. Soo Winci, "sakit tak?" Katanya tak sakit pun sebab Doktor dah letakkan krim kebas pada tempat yang akan dicucuk. Kita hanya perlukan 2 rawatan untuk 1 kitaran selama 6 bulan. Pada saya rawatan ni sangat bagus dan mudah, bila meningkat umur kan, kulit wajah memang akan nampak kendur dan kedutan akan lebiih jelas. Rawatan inilah jawabannya, mudah, selamat dan cepat.

RAWATAN COOLSCUPTING

Rawatan yang kedua ialah CoolSculpting iaitu rawatan bagi mengurangkan lemak dibawah lapisan kulit tanpa diet atau bersenam. Kita hanya duduk di kerusi je, mesin coolscupting yang memecahkan lemak kita melalui proses pembekuan lemak. Rawatan coolscupting ini mempunyai kelulusan FDA ya, so korang tak perlu risau nak lakukan rawatan ni. 

Bilik rawatan yang selesa

Prosedur rawatan diterangkan oleh Dr. Diana dan Dr. 

Terence dipakaikan mesin coolsculpting, bekas selepas proses rawatan dan kawasan rawatan di urut bagi mengurangkan rasa kulit terbakar.

Apa yang bestnya, menurut Dr. Diana Lim, rawatan ini tidak merosakkan sel kulit dan tisu walaupun suhu yang digunakan dibawah 14 celcius. Dan rawatan ini hanya mengambil masa 35 minit untuk setiap kawasan yang korang nak buang lemak tu. Ia boleh digunakan untuk semua kawasan berlemak seperti perut, peha, lengan, bawah dagu atau mana-mana bahagian yang korang nak, boleh dapatkan nasihat dari Dr. Diana dulu ya.


Testimoni daripada Terence, seorang lelaki berusia 40an, mengatakan dia telah membuat coolscupting dan sangat berpuas hati. Kami semua sendiri tengok memang Terence dah berjaya menurunkan berat dan kontur badannya nampak lebih baik. Rawatan ini tidak menyakitkan, korang hanya akan rasa macam kawasan badan tu disedut je. Pada saya rawatan ni sangat bagus, especially pada yang berbadan besar, kadang kita rasa malas nak mulakan senaman kan, jadi lebih baik buat je rawatan coolscupting ni, mudah, cepat dan selamat.

Terence nampak happy dan tenang semasa melakukan rawatan

Menurut Dr. Diana juga, rawatan ini dapat mengurangkan sekitar 27% lemak tau. Kesan sampingannya mungkin kulit sedikit terbakar untuk sesetengah orang, tapi apa yang kami nampak masa prosedur dilakukan pada Terence, hanya nampak kemerahan je.

Bergambar kenangan dengan Doktor dan kawan-kawan

Dengan kakak lain bapak hehe

Dapat kawan baru, Evian yang cantik manis

Jom dapatkan semula kecantikan kita masa muda dulu dengan rawatan profhilo dan coolscupting. Kalau korang berminat dengan dua ratawan di atas korang boleh hubungi :

cawangan Bangsar
No 8 & 10, Ground Floor,
Jalan Telawi 5, Bangsar Baru,
59100 Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Dibuka setiap hari : 10am - 7pm

Post a Comment

18 Comments

  1. best bila dapat buat rawatan mcm ni.. sekali sekala wajah nak lah berseri-seri kan hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn, lagipun profhilo ni efeknya cepat, so besttt sangat

      Delete
  2. Menarik betul treatment yang ditawarkan.. AM berkenan yang sejuk beku untuk kuruskan badan tue.. boleh buat lemak2 terkumpul yang degil di badan ini..

    ReplyDelete
  3. Macam menarik pulak coolscrupting tue kan.. Nell macam nak try this treatment also la... to deal with excess lemak kat bahagian perut ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat menarik, bae pun berminat, tengah kira-kira bajet haha

      Delete
  4. Bagus Premier klinik ye, macam-macam rawatan ada, untuk kecantikan dan kuruskan badan. Nampak macam menakutkan tapi sebenarnya tak sakit pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul, macam profhilo tu procedure 10 minit je

      Delete
  5. hehe ingatkan Majlis Back to school lah tadi :) Menarik treatment yang Klinik premier tawarkan ni.

    ReplyDelete
  6. Heard so much about this beauty clinic & good to hear from you now. CNY is upcoming, I'm checking out more of their beauty treatment. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyy,,, sure glowing and flawless this coming cny.

      Delete
  7. Seram juga tengok jarum cucuk kat muka hehehe tapu sekarang macam2 rawatan moden tuk lebih cantik hehehehe laki boleh juga ker .. nak cantik juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh maha, profhilo ni boleh untuk lelaki dan perempuan

      Delete
  8. cool sculpting at this clinic looks like such an effective treatment to lose fats quicker!

    ReplyDelete
  9. Wah this is good! the treatment can is effective for slimming

    ReplyDelete