Ad Code

HOTEL REVIEW - CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA

Assalamualaikum semua

Dah lama sebenarnya staycation ni tapi asbab masa yang tak mengizinkan, tak dapat nak siapkan entry blog staycation ni. Takpalah janji di upload kan, moga manfaat untuk semua, boleh rujuk kalau korang nak stay sini.

Okay staycation kalini saya dengan my bff, Gee. Before saya kahwin dulu, paling kurang akan ada 1 trip travel dengan Gee, biasanya akan ke mana-mana pulau di Malaysia. Tapi sebab covid ni, walaupun dah boleh merentas negeri, kami decide untuk staycation dekat-dekat je. Memang dekat sangat dengan rumah staycation kalini. Tak sampai 5km pun, iaitu di CYBERVIEW RESORT & SPA.


Percutian 2 hari 1 malam ini memang tujuannya nak berehat je, lagipun dah lama tak jumpa Gee, so banyak benda nak catch up, gittewww. Kami booking di booking.com. Setiap kali nak booking hotel saya memang akan guna booking.com, bila selalu guna genius level kita akan diupgrade, jadi lebih banyak diskaun kita akan dapat, tu yang bestttt.

Sebelum check in kami pi makan dulu kat area dpulze, haritu kami makan nasi arab. Lepas tu ada kedai runcit barangan timur tengah, saja la masuk. Saya sejenis suka mencuba, so ternampak susu asap, tak pernah rasa, let's beli manatau sedap ke kan. Sampai je hotel proses check out tu ambik masa jugak, padahal kami pi weekdays, ramai juga yang stay kat sini. Kalau weekend mesti lagi lah penuh.

Saja letak sini sebagai kenangan. Bilik 188 ni berada di tingkat atas

Lepas check in terus masuk bilik, omaigad memang cantik dan sangat luas biliknya. Perabot semua konsep kayu (taktaulah apa nama konsepnya haha) Bilik amatlah luas untuk 2 orang, maybe sebab saya dapat free upgrade kot, tu yang kemain luas siap ada balkoni lagi. Untuk bilik di Cyberview, keadaan perabot tu agak lama la tapi masih selesa untuk digunakan. Pada saya cuma paip untuk bathtub tu je macam tak functional sangat, dan air agak slow, dari nak feeling-feeling jadi geram plak nak menunggu air tu penuh. Nak marah tapi kena sabarrrr haha

Kisah lawak masa masuk bilik. Ingatkan rak ni rak kasut muahaha Yelah, bila masuk terus nampak rak ni, tu yang ingat rak kasut rupanya ini yang ada kat dalam haha

Toiletnya ada kayu macam tangga, itu tempat sangkut tuala. Tepi bathtub tu adalah paip, ala-ala air terjun bila kita dok dalam bathtub, memang best la nak feeling-feeling dalam ni.

Dress up area pun luas, takda la nak berlaga bontot haha. Cermin depan kita, belakang tu rak baju, sebelah kanan adalah toilet, tu yang pintu terbuka tu. Cuma satu je agak malap sikit area sini

View toilet dari luar. Saya suka toilet ni pintu kayu jenis sliding, pintu luas sangat. Keluasan toilet pun besar, kira selesa nak tukar baju ke apa.

Nampak tak rak sebelah kiri tu, memang betul-betul sebelah pintu masuk tau

Balkoni area pun sangat-sangat luas ye. Malam best lepak luar ni, sejuk je dan rasa macam dalam hutan dengan pemandangan pokok-pokok depan tu.

Saya booking bilik 1 queen bed, tapi dapat free upgrade sebab saya ada genius level di booking.com, tu yang ada extra single bed. 

Petang tu sjaa jalan-jalan sekitar resort, pastu lepas tu lepak layan coffee kat cafe resort ni. petang tu tak ramai tapi masih ada orang. Agaknya ramai dok lepak kat kolam renang, so kami pun ke kolam renang tu dan ternyata ia benar, haha Ramai dok mandi manda kat sini, 


Ni are kolam renang, petang tu saya mandi sorang-sorang je, Gee taknak mandi, okay takpa onz je. Kolam kat sini sangat luas, siap ada air terjun tu, kemain kuat air terjunnya. Memang best mandi kat sini. Kalau korang datang, makesure korang mandi tau, kolam kanak-kanak pun ada kat bahagian bawah.

Waktu ni sebenarnya masih petang, tapi mungkin backlight agaknya nampak macam waktu senja bulan mengambang kan? Saya banyak duduk bawah air terjun ni, rasa macam air tu urut badan je hehe


Promotion akan di letak kat board ni, berdekatan dengan kolam renang, senang lah untuk penginap disini nak tau promo terbaru kan. Weekend hi-tea tu memang berbaloi, buffet dimsum, saya dah lama teringin nak pi tapi takda geng, sapa nak join meh la kita pi sama-sama. Tok laki kureng sikit dimsum ni.

Hammock jaring ni memang best nak chillex kat area kolam. Saja bergambar macam ni, nak baring rasa macam tak yakin je nak menampung diriku ini muahaha

'
Bergambar dulu sebelum terjun dalam kolam. 
Gigih ya balik bilik semula sebab nak mandi kolam je muahahaha

Pagi tu kami jalan-jalan sekitar resort. Aktiviti banyak dihentikan masa saya stay sini, so tak banyak yang boleh dilakukan. Mujurlah area Cyberview ni sangat luas, berpeluh jugak nak explore, tapi sangatlah worth it, memang cantik sangat kawasan dalam Cyberview ni, ada villa diperbuat dari kayu betul-betul sebelah tasik, cantik sangat, entah berapa la harga untuk 1 malam. Kalau family gathering macam best kat sini, dia jauh dari bilik yang biasa tu. Kalau tak salah ada 2 biji je kat area situ.

Dah explore kawasan, kami pi breakfast. Pilihan makanan tak banyak sangat, tapi masih okay, rasa pun sedap. Ruang makan banyak dan selesa, itu yang penting. (Sorry, tak ada gambar makanan nak tunjuk)

My travel buddy, Gee

Secara keseluruhannya penginapan kat sini 4/5 bintang. Cyberview ni memang cantik dan luas kawasannya. Tenang je bila berada di sini, kita tak rasa yang kita staycation kat area bandar. Kalau korang nak baca hotel review lain boleh tengok sini sebab saya memang suka staycation. hehe Okay jumpa next hotel review.

Post a Comment

24 Comments

  1. Waa sama laa suka view toilet dia tuu, bilik pun luas, pemandangan luar pun nice sangat.. nanti ke sana boleh try stay sini..

    ReplyDelete
  2. Haha.. unikmya tapi lawa la sana. Dekat pun takpe asalkan dapat stay vacation kan

    ReplyDelete
  3. Waaah ada air mancurnya yaaa. Kalo pagi pagi kayanya seger ngadem disana 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, nyaman je udara kat sini waktu pagi, padahal kat dalam bandar

      Delete
  4. Setiap kali ke majlis perkahwinan atau event di Resort ni, mesti rasa nak mandi dalam kolam tu. Hahaha. Syok betul. Bilik dia pun selesa ya. Lepas ni kalau ada event di sana. Nak tempah bilik. Tak larat ulang alik KL - Cyber. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pool dia memang best, kuat jugak air terjun tu rasa macam orang urut belakang badan hehe

      Delete
  5. Pernah check in sini sebelum Covid punya time. Tak silap resort ni PM siapa tah yang rasmikan.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi masuk Cyberview ni asyik baca review orang jer hehwhe walaupun selalu ada kerja sana mesti balik rumah. Sekali nak juga rasai pengalaman bermalam di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa try la stay sini, jauh jugak maha nak ulang alik kan

      Delete
  7. wah hebatlah you mandi kolam sorang-sorang haha...paling penting bili tu selesa dan bersih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i memang tak boleh tahan kalau kolam or sungai mesti nak mandi

      Delete
  8. Wowo...thanks for sharing about this unique hotel , comfy clean stay is important for a good rest when travelling. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing this review, i like their spacious room with bathtub too

    ReplyDelete
  10. Menarik ya hotel ni! Wahhh kena masukkan Cyberview into my next staycation list la! Siap ada bathtub and the surrounding pun sgt cantik kan!

    ReplyDelete
  11. cantiklah hotel nie Bae.. boleh msuk wishlist nie.. ada bathtub budak2 suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kolam dia pun best, budak2 sure enjoy punya

      Delete
  12. Cantik lah bilik dia, tentu best bermlm di hotel tu, complete semua ada

    ReplyDelete