Ad Code

CAMPSITE DI SUNGAI GADING, TAPAK WILD CAMPING DI MUAALIM, PERAK

Assalamualaikum semua

Sejak PKP saya dah tak hiking macam dulu. Enjin belum panas, hiking pun bukit-bukit je untuk lepaskan rindu. Setakat ni masih belum hiking bermalam, tapi kerinduan pada hutan tu tak tertahan rasanya ecewahhhh haha Sebenarnya saya suka trip hiking bermalam hanyalah sebab nak camping dalam hutan. Jadi bila dah tak hiking trip bermalam ni, tapi terlalu rindu nak tido hutan, jadi marilah kita bercamping. Pilihan saya semestinya wild camping. Tapak untuk wild camping tak sebanyak tapak campsite untuk family kalau untuk klang valley lah. Dulu saya pernah share saya camping di Batangsi. Apa bezanya wild campsite dengan campsite untuk family. Bezanya adalah tiada fasiliti selain tapak kem sahaja dan kebiasaanya agak jauh ke dalam, maknanya kereta tak boleh access, jadi perlu hiking/trekking kurang dari 30 minit. Baru lah rasa macam dalam hutan.

Trip camping kali ni saya cuba tapak baru di Sungai Gading, Perak. Kebetulan memang kami saja yang camping di situ memang heaven lah. Tapak kemsite ni tak sesuai untuk family especially yang ada anak kecil. Disebabkan tapak kemsite agak jauh dari parking, dan perlu merentas 1 anak sungai dan 1 lagi sungai (paras pinggang), jadi sangat sesuai untuk minimalis camper.

Pisang goreng cheese wajib beli sebelum masuk campsite hehe

Tadaaaaa, dah siap pasang khemah, baru boleh bersantai. Sampai wajib pasang khemah/fly dulu, manatau langit tak memberi kerjasama ke kan

Bila bercamping ni, aktiviti seharian adalah menikmati alam semesta. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa tu, mata ni mudah betul layu haha Bagi mengelakkan saya menghabiskan masa dengan tido je, ada baiknya saya masak. Masak dalam hutan ni lain tau feelingnya. Ini antara menu yang saya masak sepanjang bercamping

Menu untuk diri sendiri, nasi putih, ulam salad dan tomato, daging blackpaper

Tok laki nak burger, dia jenis kurang makan nasi

Satu menu western satu lagi menu asian. Dua tekak jadi dua selera lah ye

Haritu siap bawak karipap frozen dari Sarawak. Kawan saya pengusaha karipap frozen di Sarawak, sedap yakmat, yang ni karipap bolognese. Sapa di Sarawak wajib cuba tau.



Ini menu day 2 - Nasi putih, sambal bilis, telur dadar, sayur bendi, ulam salad dan timun serta ikan masin


Menu petang day 2 - cucur jagung

Malam dah tak lalu nak makan nasi, kenyang sangat, jadi masak meggi je lah. Makan megi panas-panas dalam hutan ni nikmat tau

Sardin pun antara menu wajib kalau dalam hutan ni hehe

Day 3 - Nasi putih, sambal sardin, sambal bilis (semalam) dan telur hancur (alkisahnya masak telur guna mestin, memang melekat la, dah tak boleh nak flip, saya hancurkan terus telurnya hahahaha

Tapak kemsite ni juga dikenali sebagai pulau ayah sebabnya ia di tengah-tengah. disebelah kanan dan kiri adalah sungai. Sebab tu, untuk masuk ke kemsite ni perlu seberang sungai yang di sebelah kiri.

Ini adalah laluan untuk ke sungai sebelah kanan. Air area sini best sebab kurang berbatu dan dalam, boleh main terjun-terjun. Takda gambar, tak berani nak bawak phone ke sungai.

Itu je camping trip untuk 3 hari 2 malam. InshaaAllah akan repeat lagi ke sini. So far memang best camping sini, cuma jalan nak masuk pun agak mencabar kalau pakai kereta sedan hehe Untuk yang sukakan adventure memang best camping tempat macam ni. Yang suka bercamping tu tunggu next posting, saya pernah experience kepala air masa camping.

Post a Comment

10 Comments

  1. Lama betul tak camping gaya gini, tapi tu laa musim hujan ni susah juga nak pacak khemah.. tunggu nanti keadaan cuaca okay, nak jugalah bercamping, cari port baikk punya, nature kann..

    ReplyDelete
  2. A very nice nature environment for a good camping holidays , nice place & making me miss my camping in forest time la...cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Macam menarik je bercamping dekat sini. Macam mencabar jugak sebab fasilitinya wild kan? haha :)

    ReplyDelete
  4. Wahh. finally nampak pun post Bae camping dengan husband. Selalu macam sorang je.

    ReplyDelete
  5. Menarik nak camping kat sini ye! Tak pernah lagi buat camping stay overnight macam ni.. nak try la, but macam sis mentioned, tempat ni tak sesuai for kids since kena merentas sungai kan..

    ReplyDelete
  6. syoknya dapat merasai suasana camping... suka bila dapat dekat dengan alam sekitar

    ReplyDelete
  7. so nice to go camping and back to natural mother earth! I wish one day can go

    ReplyDelete
  8. Ambooiii.. AM nampak banyak gambar menu makanan dari view Bae Camping.. Faham bila kawasan byk sungai takut HP rosak atau jatuh dalam air.. Next boleh la Bae kongsi tips bercamping untuk kawasan yang berair dan tidak..

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing this camp site, i will add this into my list for my next camping

    ReplyDelete
  10. bestnya dapat wild camping, Fiza mmg suka sgt aktiviti mcm nie, tggu anak besar la kot nak hiking semula, skrg nie main campsite tepi sungai je dulu

    ReplyDelete