Ad Code

BATAM MEGA FAMTRIP I MENGINAP DI FAVE HOTEL PART 1

Assalamualaikum semua

Setelah 2 tahun tak dapat jalan-jalan ke Indonesia, Alhamdulillah, bila border dah dibuka, Batam Tourism Promotional Board sekali lagi menjemput saya untuk join BATAM MEGA FAM TRIP tahun ini. Memang happy sangat sebab dah rindu dengan Batam dan Indomee salted egg hehe

Untuk Fam trip kali ini, ramai penganjur yang berkolaborasi untuk menjayakan program, antaranya Fave hotel, Aston Inn, Aston Batam, MV Dolphin dan lain-lain.


Perjalanan dari KL - Johor, saya akan cerita secara detail dalam post lain sebab nak kongsikan terminal baru untuk ke Batam. Fam trip selama 4 hari 3 malam ini memang penuh dengan aktiviti, kiranya memang sangat happening, lagipun dapat berjumpa rakan-rakan media yang dah lama tak berjumpa kan. Sesuai dengan namanya, BATAM MEGA FAM TRIP, memang MEGA HAPPY ke Batam kalini.

HARI PERTAMA

Setibanya kami di Terminal, kami dijemput oleh staff Fave hotel untuk menghadiri upacara perasmian Fave Hotel. FAVE HOTEL BATAM telah dilancarkan secara rasmi pada 13 Julai 2022. Majlis perasmian


Turun dari bas, kami di sambut dengan paluan kompang dan pertunjukan bunga silat. Rasa seperti tetamu istimewa je. Dekat pintu tu dah nampak staff hotel menunggu untuk menyambut kedatangan kami semua.


Fave Hotel juga di datangkan bersama upacara memotong tumpeng (di Malaysia kita panggil pulut kuning) sebagai lambang kebaikan dan keramat. Semoga dengan upacara perasmian ini akan memberi kebaikan buat Fave Hotel dan lebih ramai pelancong akan datang ke sini.

Upacara pemotongan dan pemberian tumpeng


Uniknya tumpeng di sini, dia dibentuk seperti sebuah gunung yang ditutup dengan daun pisang dan di hidangkan bersama pelbagai lauk pauk di sekeliling gunung tumpeng. Lauk pauk yang berwarna warni itu terdiri daripada sayur, ayam dan lain-lain akan dipotong dan dihidangkan pada tetamu kehormat. Upacara pemotingan tumpeng di lakukan oleh Pak Wimeng, pemilik Fave Hotel sendiri.


Tarian pembukaan untuk upacara perasmian ini adalah tarian sekapur sirih. Lemah gemalai penari ini menari dengan alunan gemersik lagu, dan di akhiri dengan pemberian sirih kepada tetamu kehormat.

Staf di Fave Hotel yang sangat membantu dan sabar dengan kerenah kami semua.
Terima kasih staff Fave Hotel

Selepas upacara perasmian, kami dihidangkan dengan makanan yang super sedap dari pihak Fave Hotel, Ada pelbagai lauk pauk, dari ayam, ikan, dan sayuran yang dihidangkan.Selain tu ada juga kuih muih dan buah-buahan, kiranya macam-macam ada.


Pecal sayur tu ya ampun sedap yakmat, jangan tertipu dengan pecal yang sikit dalam gambar tu, yang masuk perut saya tak snap haha Kuih-muih pun sedap belaka.


Bila perut pun dah kenyang, kami dibawa untuk room inspection, untuk kami tengok sendiri semua bilik yang ada di Fave Hotel ni. Bilik-biliknya cantik dan luas, dekorasi pun simple je dan sedap mata memandang. Fave hotel bukan sekadar hotel bajet, harga je bajet tapi kualiti perkhidmatan dan bilik yang bersih, serta dekorasi minimalis bilik mereka menggabungkan elemen futuristik, memang tak rugi stay kat sini. Ini lah bilik saya selama 2 malam di sini, besar dan sangat selesa dengan keluasan 32 meter persegi.

Sesuai untuk pengunjung yang mencari keselesaan semasa penginapan mereka, bilik faveroom ini mempunyai katil queen atau katil berkembar yang sangat selesa dengan balkoni yang menghadap ke bandar, Anroid TV moden 43" yang dipasang di dinding dengan 40 saluran, bilik mandi dengan water heater dan WiFi berkelajuan tinggi percuma. Yang bestnya, plug soket tu tak perlu pun pakai international adapter, sebab soketnya dah diubahsuai untuk Malaysian.


Selain itu, Fave Hotel juga menydiakan fabroom yang berkeluasan 65 meter persegi dengan balkoni yang menghadap pemandangan bandar yang indah. Menampilkan katil king atau 2 katil single yang selesa, bilik mandi, ruang tamu, katil dengan sofa yang selesa, Android TV 43" yang dipasang di dinding dengan 40 saluran, ruang makan, kemudahan memasak dan kutleri serta peti sejuk dua pintu.

Semua bilik di Fave Hotel ini mempunyai reka bentuk moden, sesuai bagi mereka yang ingin melancong atau ke Batam atas urusan perniagaan. Bilik yang selesa, dapatlah kita rehatkan minda. Katil seriously sangat empuk, memang lena dah tidur. Dan sepanjang kami dalam bilik mesti akan pasang Youtube, dengar lagu atau alaunan AlQuran, agaknya sebab tu nyenyak sungguh tidur.


Inilah staff fave hotel yang sentiasa menbantu kami sepanjang 2 hari di Bandar Batam. 2 dari kiri tu namanya Asra, fasih berbahasa melayu sebab suaminya orang Kulim, Kedah.

Pelancong kini dah pandai membuat pilihan, mahukan bukan hanya hotel dengan harga berpatutan tetapi juga service yang terbaik. Fave hotel sentiasa komited memberikan yang terbaik untuk semua tetamu mereka dan yang penting penginapan yang selesa. Lokasi yang strategik di Nagoya Thamrin City, hotel ini antara pilihan terbaik untuk korang jika ke Batam.

Kalau korang muat turun aplikasi Archipelago International Hotels membership, boleh gunakan KOD DISKAUN : BOOKDIRECT boleh dapatkan 10% diskaun di mana-mana cawangan Fave Hotel. Jangan lupa follow INSTAGRAM FAVE HOTELS tauuuu.

Disebelah malam pula, kami di bawa ke dua hotel untuk room inspection. Kedua hotel ini hanyalah berdekatan Aston Inn Gideon-Batam ini berdekatan namun perkhidmatan dan fasiliti haruslah berbeza.

ASTON Inn Gideon Batam terletak di kawasan Penuin di Batam yang terkenal dengan syurga shopping dan ada pelbagai pusat membeli belah dan hiburan yang hanya walking distance dari hotel. Hanya 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim dan hanya 12 minit dari Terminal Feri Harbour Bay, Aston Inn Gideon sentiasa menjadi pilihan penginapan pelancong ke Batam.


ASTON Inn Gideon Batam menyediakan 6 bilik mesyuarat lengkap dengan peralatan mesyuarat moden, akses internet WiFi, persekitaran yang selesa dan kakitangan profesional.

Selepas inspection di ASTON Inn Gideon, kami ke ASTON HOTEL & RESIDENCE untuk room inspection di sana. Berbeza dengan ASTON Inn, di sini ada bilik jenis hotel atau residential untuk dipilih.

Terletak di Batam, ASTON Batam Hotel & Residence hanya 1 minit memandu dari Nagoya Hill Mall dan 8 minit dari Grand Batam Mall. Hotel ini berada 5.6 km dari Terminal Feri Batam. Disini terdapat 232 bilik yang lengkap dengan TV dan juga WiFi. Tempat menarik berdekatan hotel :
  • Grand Mall Batam
  • BCS Mall (Batam City Square Mall)
  • Barelang Bridge
  • A2 Foodcourt
  • Tua Pek Kong Temple
  • Kampung Vietnam

SUPERIOR ROOM
Bilik Superior disini kami yang berkeluasan 26 meter persegi adalah bilik hotel standard terbesar di kawasan Penuin. Bilik ini luas dan selesa, dan disediakan basic amenities.

DELUXE ROOM
Dengan ruang tambahan yang berkeluasan 31 meter persegi, ia sangat sesuai untuk untuk berehat setelah penat berjalan sekitar Batam.

PREMIER ROOM
Berkeluasan 33 meter persegi mempunyai katil King yang selesa, TV 42", pantri dan peti ais mini. Korang boleh request bilik merokok atau tidak.

EXECUTIVE SUITE
Bilik Suite ini luas dan lengkap dengan ruang tamu dan ruang makan yang berasingan. Percutian korang akan lebih menyeronokkan dengan bilik yang elegen ini.

FAMILY ROOM
Sesuai untuk pelancong yang datang secara berkumpulan. Bilik ni ada 2 bilik tidur, pantri, ruang makan, ruang tamu, dan juga kelengkapan seperti peti sejuk mini, pengering rambut dan peti keselamatan.
, bersama keluarga atau bersama rakan-rakan. Bilik Keluarga kami mempunyai dua bilik tidur untuk keselesaan tambahan, ruang dan privasi, lengkap dengan kemudahan standard antarabangsa, TV 42", pantri, peti sejuk mini, pengering rambut, cerek dan peti keselamatan.

FAMILY SUITE
Suite Keluarga ini sangat selesa dan sesuai untuk keluarga datang menginap. Bilik ini lengkap dengan ruang tamu dan ruang makan serta kemudahan lain untuk memberi keselesaan pada yang menginap.


Fasiliti yang ada di Aston Batam Hotel & Residence ni lengkap dengan kolam renang, gym, restoran dan bar, selain perkhidmatan dobi 24 jam. Pihak hotel juga menyediakan pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel (dengan surcaj) dan juga valet kenderaan.

Selepas sesi inspection, kami pun turun ke ballroom untuk dinner. Makanan yang disediakan banyak betul pilihannya, dan semestinya sedap belaka. Yang paling sedap siumay tu, ya ampunnnn naik malu nak pi ambik kat chef hahaha


Selesai dinner, saya dan beberapa kawan pergi ke Grand Batam Mall, lepak starbuck. Kira macam reunion Geng Batam gittewwww, Tiga negara berkumpul, banyak lah ceritanya. Balik ke hotel kami ambik Grab je untuk balik ke hotel.

HARI KEDUA


WELCOME TO BATAM
Hari kedua kami akan jalan-jalan sekitar Batam. Saya dah banyak kali ke Batam, tapi selalunya terus k pulau-pulau, tak berpeluang nak jalan-jalan di Bandar Batam. So saya agak excited nak jenjalan kat sini. First check point kami ke mercu tanda Batam iaitu Sign WELCOME TO BATAM. Kat sini kira tempat wajib bergambar tau, rasa tak lengkap percutian Batam kalau tak bergambar kat sini.


MUZIUM BATAM RAJA ALI HAJI
Dah setel bergambar kat sini, kami ke Muzium Raja Ali Haji. Banyak sejarah Tanah Melayu ada disini, Pak Edi Sutrisno menceritakan sejarah Kepulauan Riau sepanjang berada di Muzium. Seronok jugak bila baca dan dengar pasal sejarah, banyak yang kita taktau. Memang betullah kita ni serumpun, kisah sejarah pun saling berkaitan. Rekaan seni bina bangunan ni sangat sesuai dijadikan tempat OOTD sebab bangunan muzium ni cantik sangat.


PANBIL NATURE RESERVE
Kemudian kami ke Panbil Nature Reserve, adalah kawasan hutan simpan seluas 207 hektar yang mempunyai keunikan biodiversiti hutan tanah pamah dan kaya dengan flora dan fauna. Banyak yang kita boleh terokai di sini, antaranya rusa samba, bird pavillion, kandang arnab, reptilia zone, dan juga kolam ikan koi. Fasiliti yang disediakan disini pun sangat selesa tau, ada ruang makan, tandas dan juga kedai serbaneka/cerderahati. Selain itu, pakej trekking juga disediakan kalau korang sukakan sesuatu yang lasak, saya memang rekomen untuk korang ambil pakej trekking dan Eco Healing (menikmati air terjun di dalam hutan). Kalau saya ada rezeki datang sini lagi memang nak ambik pakej Eco Healing.


KAMPONG FOOD FIESTA 2022
Selesai di Panbil Nature Reserve, kami di balik ke hotel, tapi sebelum masuk ke bilik, kami ke upacara pembukaan Kampong Food Fiesta 2022 yang di adakan di Nagoya Thamrin City hanya 1 minit je dari jalan kaki dari hotel. Disini terdapat pelbagai jualan makanan Indonesia yang semestinya sedap yakmat. Terdapat lebih kurang 40 gerai yang menjual masakan tempatan untuk anda cuba. Saya berpeluang mencuba 'telur gulung', salah satu makanan jalanan Indonesia.


Jus avocado atau terkenal dengan nama alpukat di Indonesia, memang super sedap dan tersangatlah murah. Harga alpukat tu 20 ribu rupiah je sekitar RM6, siap dapat FREE topping whip cream dan potongan buah avocado. Kat Malaysia ni tak dapat la harga macam ni, kalau beli pun ceroi ja. Team media sempat bergambar dengan penari tarian kuda lumping, tarian ni lebih kurang macam kuda kepang kat sini.


Sebelah malam, selepas selasai solat maghrib, kami turun semula nak cari makan kat sini, saya beli mee ayam, ya ampun sedap tak terkata, menaip ni pun rasa teringat-ingat je, penuh dengan ayam dan pentol. Kemudian apa lagi, sesi mengurut lah. Kat sebelah hotel ni ada rumah urut, ingat nak ambik 2 jam tapi kedainya dah nak tutup, jadi dapat urut 1 jam je, jadilahhh. Semua team media mengurut di sini, jadi full house rumah urut hahaSetel mengurut, terus naik bilik dan packing, esok nya nak masuk ke Pulau Benan..yeayy..Kita sambung Part 2 ya

Post a Comment

10 Comments

  1. Wahhh..saya tak pernah ke Batam. Bolehlah refer post Bae nanti, bila nak visit Batam :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. saya ada share terminal untuk ke Batam

      Delete
  2. Wah. Batam dah makin menarik dah. Macam boleh rancang nak holiday ke sana kelak nie.

    ReplyDelete
  3. Rupanya best juga kan pergi Batam, banyak hotel best! Nell nak repeat la.. previous 4D3N trip mcm too short, tak sempat cover all lagi ni!

    ReplyDelete
  4. Wah best nyer visit to Batam, i m going to plan my trip there soon.

    ReplyDelete
  5. Batam is really a nice place for a holidays moreover so near to our country. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. best la visit Batam, my Singapore friends fav place to go

    ReplyDelete
  7. seronok kan travel ke sini, saya pun first time pergi & mmg banyak tempat2 menarik :)

    ReplyDelete
  8. Terud satu artikel muncul. Seronok betul tengok. Hotel ni selesa dan nampak layanan staff pun mesra. Boleh la plan ke sini. Hehehe.

    ReplyDelete
  9. Baru dua hari dah banyak tempat menarik yang dilawati.. Fave Hotel harganya murah dan berbaloi sbb fasiliti serba lengkap.. Aston pulak memang eksklusif, menarik fasiliti tip top

    ReplyDelete