Ad Code

HIKING GUNUNG YONG YAP via RENGIL

Assalamualaikum semua


Kalau korang pernah baca posting sebelum ni, saya ada mention pasal G7 iaitu 7 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Salah satu gunung yang tersenarai adalah Gunung Yong Yap yang terletak di sempadan Perak /Kelantan dengan ketinggian 2,168meter. Ia merupakan sebahagian daripada banjaran titiwangsa dan antara trek yang mencabar.

Selain dari lintah dan agas, Gunung Yong Yap terkenal dengan harimau Malaya. Kalau rezeki dapat la jumpa, tapi harapnya tak ada rezeki la, sebabnya kalau jumpa, rezeki harimau lah jawabnya. Dengan trek yang pacak, gunung ini menguji para pendaki melalui sungai-sungai yang perlu dilintas. Jika korang hiking masa musim hujan bersedia lah untuk menunggu kepala air surut, sebab memang tak ada jalan lain. Bahaya ye, jangan redah kepala air pulak.

Kebiasaanya hikers akan mendaki 2 hari 1 malam, ini kira trip santai lah, jadi tak penat sangat. Tetapi ramai je hikers yang mendaki dayhike, kiranya naik pukul 3 pagi, tengahari turun semula, sebelum malam dah sampai bawah. Ada juga yang nak lebih santai, boleh buat trip 3 hari 2 malam. Masuk pagi hiking sampai ke kemsite, bermalam, esok paginya naik ke puncak dan turun semula ke kemsite, hari 3 baru berkemas dan turun ke bawah, ini kira trip paling santai lah.

Untuk trip kalini, saya join trip santai saja, buat 2H1M tak la rasa terkejar-kejar sangat bila trip santai ni. Untuk mendaki Gunung Yong Yap, ada dua laluan iaitu dari Kuala Mu, trek sini lebih pendek tapi agak pacak untuk ke puncak. Satu lagi korang boleh naik ikut Sungai Rengil. Trek sini lebih landai, trek start pacak selepas kem site.

Kedua-dua laluan korang memang kena naik powil ya, abang powil tu akan bawak korang sampai ke starting point. Jika korang naik melalui Kuala Mu, check point yang akan korang lalui adalah Pintu Rimba (820m), Kem Sangkut (1,085m), Bukit Tampoi (1,115m), Kem Pondok / Sungai Cinak (1,085m) and Last Water Point (1,835m).

Laluan dari Regil (660m), akan melalui Sungai Biru (750m) and Simpang Y (900m). Dari simpang Y ini korang boleh hike ke Gunung Yong Yap atau Gunung Tok Nenek dan Gunung Bubu. Kebanyakkan hikers suka buat V1 atau V2 yang melibatkan ketiga-tiga gunung, jimat masa, duit dan cuti tahunan hehe Sebelum simpang Y, korang akan jumpa hidden waterfall, jangan lupa bergambar kat sini, ini memang spot untuk para hikers bergambar hehe



Pendakian untuk ke kem site, alhamdulillah smooth je, biasanya team yang masuk akan bermalam di Kem Agas, tapi masa kami masuk haritu dah ada team lain, jadi kami jalan sampai ke Kem Sungai Jeruk. Baik kem agas atau sungai jeruk, sama je banyak agas!!! Jadi makesure korang bawa insect repellent. Agasnya kecil je tapi bila kena gigit habis badan jadi berbintat dan gatal sangat. Petang tu opah (salah sorang crew) masakkan lempeng nyoq (kelapa) sedapnya dapat makan lempeng dalam hutan. Malam tak ada aktiviti sebab semua orang kena tidur awal, esok kami akan memulakan pendakian seawal 2 pagi.

Yuz, Q, Ain, (yang hujung tu tak ingat namanya) 

Malam tu hujan, masing-masing pun sedap lah tidur kan, sejukkkk tau dalam hutan ni. Plan asal dah terlajak, pukul 3 pagi baru start hiking untuk sunrise ke puncak. Trek nak ke puncak ni memang pacak tanpa diskaun, takpa naik je ikut pace sendiri janji sampai puncak dengan selamat. Sebelum sampai ke puncak tu, akan ada laluan selut, selut yang Yong Yap ni memang bukan biasa-biasa lah. Bayangkan trek pacak, lepas tu berselut, bila nak memanjat tu memang licin la kan, so kena berpaut pada akar pokok barulah senang sikit nak naik. Pakai kasut yang sesuai ye, kang jatuh menggelungsor je ke bawah haha





Alhamdulillah semua sampai peak, view memang ohsem la kat puncak ni, bergambar, breakfast dan kami pun beransur turun. Masa turun lebih mencabar nak hadap selut ni. Masa ni mula lah tanya pada diri "What am I doing here?" haha ini memang dialog biasa setiap kali dalam hutan. Sampai di kem site kami berkemas untuk keluar hutan. Dalam perjalanan, hujan dah start turun, apa lagi memang langkah laju la, kena lepaskan sungai dulu, kalau tak memang akan stuck, dah la banyak sungai kena lalu ni. Kami antara team awal dapat keluar sampai lah di sungai terakhir, tak dapat nak rentas sebab kepala air. Duduk je la menunggu yang lain kat tepi sungai tu. Ada sorang line up nama Abu, dia dah biasa dengan sungai, dengan selamber ja dia rentas sungai dan ikatkan tali di seberang sungai. Dapatlah kami semua rentas sungai tu, kalau tak ada tali bahaya air memang deras. Tapi menunggu dengan abang powil tu 2 jam jugak lah sampai orang terakhir keluar. Diorang ada yang stuck sebab tak boleh nak rentas sungai dan ada yang injured, ada yang drama air mata haha After all alhamdulillah semuanya selamat.

HIKING LOG GUNUNG YONG YAP

Jarak pendakian : 16KM sehala

DAY 1

0800am Briefing
0830am 4WD Ride to Kampung Sungai Rengil
0900am Start hiking
1000am Hidden Waterfall
1100am Simpang Y
0400pm Kem Agas
0500pm Kem Sungai Jeruk (bermalam)

DAY 2

0300am Ascending to peak
0400am Kem Balak Pecah
0530am Kem Last Water Point
0700am Sampai puncak Yong Yap
0800am Descending to camp site
1200pm Sampai camp site
0100pm Descending to starting point
0500pm Simpang Y
0600pm Hidden Waterfall
0700pm Sampai di check point powil drop

Alhamdulillah, puncak ke-6 tertinggi di Semenanjung Malaysia dapat di tawan. Team kali ni semua best dan masuk kepala, yang penting misi dapat diselesaikan tanpa kecederaan. Pada saya trek Yong Yap TIDAK SESUAI bagi mereka yang tak biasa dengan load dan trek yang panjang. Walaupun treknya cuma 16KM tapi agak mencabar juga ye, merentas sungai, bermain dengan selut, trek berbatu semua ada. Itu yang menjadikan trek di sini tak bosan untuk para hikers repeat hiking di Gunung Yong Yap.

Post a Comment

7 Comments

  1. Wah!!!!!! Rajin nyer Bae nie berhiking. Very good. Hiking is a very healthy activity. I need to do it too. Keep it up.

    ReplyDelete
  2. had no idea this was one of the tallest peaks in semenanjung malaysia. would love to climb it one day. thanks for sharing the itinerary!

    ReplyDelete
  3. Sekali sekala hiking mmg best Bae dah terror.. haaa.. dah masak dgn alam hutan ni, kak pernah juga merasa hiking tp xlah jauh mana, hebat awak

    ReplyDelete
  4. The name of this mountain so cute, yong yap, nice photos sharing here , happy hiking. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Congratulation ye sis! Wow, bukan calang-calang ni.. dah hampir complete tawan puncak2 tertinggi di Semenanjung Malaysia ni.. good job! not an easy one ya kalau pacak plus selut, pergh! You guys are awesome ahh, best bila hike ramai2, semangat sikit kan..

    ReplyDelete
  6. Bagus ni! thanks for sharing your experience, sometimes i join member for hiking too tapi belum pernah ke yong yap lagi.

    ReplyDelete
  7. seronok tgk geng2 dapat pergi hiking... pengalaamn yang manis sambil-sambil jaga kesihatan juga

    ReplyDelete