Assalamualaikum semua
Dah lama tak kongsikan resepi. Banyak je resepi tapi selalu share dekat IG Reels je. Okay kalini nak kongsikan resepi paling mudah iaitu kerabu. Tapi bukan kerabu yang selalu kita makan, saya pun sebenarnya baru pertama kali buat dan makan. Not bad, pada saya sedap je. Makan dengan nasi panas-panas, dah tak perlu lauk lain sebab dalam tu dah ada lauk dan sayur.
Kalini saya nak kongsikan resepi kerabu ikan dan kacang panjang. Kita boleh pelbagaikan kerabu ikan ni. Saya pernah juga buat kerabu ikan dengan terung. Tapiiiii dengan kacang panjang lebih sedap sebab ranggup kacang panjang tu kot.
Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Resepi ni tak ada sukatan tau, korang agak-agak saja ikut kesukaan, kan mudah gitu hehe
Bahan-bahan
Kacang panjang
Bawang merah/besar
Cabai/Cili padi merah
Ikan kembung
Limau kasturi/Nipis
Garam dan perasa
Cara penyediaan
1. Rebus ikan dan asingkan isinya macam nak buat laksa tu
2. Celur kacang panjang dan racik halus
3. Racik bawang halus, jangan tebal sangat nanti tak sedap. Kita nak bila makan tu tak terlalu rasa bawang mentah
4. Gaulkan kesemua bahan, dan perasakan dengan garam, perasan dan perahan limau
Dah siap!
Senangkan resepi ni. Tak sampai 10 minit pun dah siap (kalau ikan dah siap rebus) hehe. Kerabu ni sedap kalau korang lebihkan pedas dan masam. Ya ampun serius sedap. Selamat mencuba.
31 Comments
Okayyyy bende ni mcm menarik sbb kalau bab sayur ni I mmg memilih sbb I tak makan sayur and I tak pandai masak. So ade certain sayur je I makan, macam kacang pnjg I makan hahaha 😂
ReplyDeleteNanti kalau I sempat buat bende ni nanti I post kat blog and mentioned this particular post of yours eh?
kerabu ni memang perfect for you. tak perlu masak pun hehe nanti cuba tauuu
DeleteTak pernah cuba lagi kerabu ni. Tapi Eiza memang hantu kerabu. Sedapkan. Tak kisahla apa jenis kerabu. Nanti nak try resipi ni pula.
ReplyDeleteselamat mencuba eiza
DeleteResipi gini bagus untuk nak start diet kan. Rasa ada tap tetap sihat. Dah la mudah nak sediakan.
ReplyDeletebetul, menu sihat
DeleteKerabu sedap masam-masam. Senang je nak buat kerabu ni kan. Tapi malas part nak racik tu. Lagi banyak nak buat lagi malas sebab nak kena racik banyak. Huhuh! So beli je lah.
ReplyDeletehaha betul, senang nak buat, renyah nak racik halus tu je
DeleteWow.....this kerabu looks so sedap-licious! This is one of the reasons why I like reading your blog. You always share delicious recipes. Thank you for sharing this kerabu recipe. Insya'Allah will try it soon.
ReplyDeleteThank you for reading
DeleteInteresting sebab sis suka sayur dan ikan dan pulak resipi ni mudah. Masak 1 lauk pun dah ok...
ReplyDeletebetul satu lauk pun dah cukup, sebab ada ikan dan sayur
Deleteni dapat makan nasi panas, leps tu gaul terus jadi nasi ulam! kalau ikan tu ganti gn ayam boleh tak? hahaha sebab khai tak makan ikan. teringat pula kg bila tengok menu ni
ReplyDeletetak pasti la pulak, nanti nak try r&d ganti dengan ayam rebus hahaha
Deletetak pernah lagi cuba kerabu kacang panjang macam ni. nampak sedap, boleh cuba ni. thanks for resepi :)
ReplyDeletetry lah. sedap dan sihat menu ni
DeleteFuhh sedap ni. Ruby fav semua jenis kerabu. Nampak mudah kan. Tapi nak sediakan bahan tu. Memang kena penuh kasih sayang memotong satu persatu. Bila semua cun, kita gaul. Kemudian rasa sesuap. Perghhhh nyummy! Nak buat kerabu esok! Hahaa.
ReplyDeletenak racik halus tu la kadang malas haha
DeleteSaya suka semua kerabu kak. Memang sedap. Kadang itulah salad versi saya. Sebab takleh telan mayonaise semua tu. Esok nak buat lah. Kerabu kacang panjang. Sedapnya.
ReplyDeletememang sedapppp
DeleteOo mudahnya buat kerabu ni ya. Kalau kerabu kelantan yang buat nasi kerabu tu banyak bahan2 dia. Segala macam jenis daun.
ReplyDeletenasi kerabu tu lagi banyak bahan guna ehehe
DeleteBoleh buat ni.. kebetulan kacang panjang ada kat rumah.. nampak sedap pulak tu
ReplyDeletememang sedapppp
DeleteWow, nampak sedap la resipi kerabu ni. Time lockdown ni la kena try makan haha
ReplyDeleteboleh try, mudah je nak buat kerabu ni
DeleteKerabu kacang panjang..tak pernah buat lagi kerabu kacang panjang. nampak sedap.iena memang suka makan sayur sayur ni.Boleh lah cuba buat
ReplyDeleteSedapnya , rasa macam pernah makan tapi tak ingat kat mana. Tapi tengok ni macam mudah jer bolehlah buat. Mesti nanti makan bertambah . Nak makan dia saja pun boleh nak makan dengan nasi pun boleh kan. Pastu extra cili dengan bawang...yummmm
ReplyDeleteDulu Sis rajin buat kerabu dengan ikan rebus, lepas kucing Sis termakan dengan lahapnya, terus tak buat dah.. hahahaha tak tau kenapa..
ReplyDeleteUishhh sedap ni.. Boleh try for dinner nanti ni... Favorite juga ni...
ReplyDeleteTerliurnya tengok. Rasa semua bahan ada dalam fridge nanti nak buat la
ReplyDelete