Ad Code

LAMB SHANK SALAI MASAK LEMAK CILI API DI PREMIERE HOTEL MENU BERBUKA YANG WAJIB KORANG CUBA!

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah dah lebih 2 minggu kita berpuasa, pelbagai menu berbuka kita dah masak, setiap hari pening fikir menu apa nak masak. Kadang rasa bosan pulak asyik makan di rumah, air tangan sendiri pulak tu. sesekali dapat makan di luar, air tangan chef ke kan, sedap sikit kat tekak ni kan. Haaaa jangan risau, kalau korang dah bosan makan lauk yang di bazar, korang boleh cuba makan kat Première Hotel. Ia terletak di Bandar Bukit Tinggi tidak jauh dari pusat bandar Klang. Untuk bulan Mei dan Jun ini, korang berpeluang merasai 2 menu utama yang sangat unik di The Buzz Cafe, Première Hotel.

Menu pertama adalah Lamb Shank Salai Lemak Cili Api yang dagingnya sangat tender. Korang wajib cuba menu ni tau, serius sedap yakmat. Lamb shank ni di salai di atas pasu lepas tu direneh selama dua jam!!! Patut lah isi kambing tu lembut dan sangat juicy, memang terasa semua ramuan meresap dalam daging. Nikmat makan lamb shank ni memang tak terkata, saya sangat menikmati lamb shank yang di import dari New Zealand.

Jujurnya, saya tak berapa minat makan kambing melainkan masak sendiri, sebab kadang-kadang tu macam ada bau hamis tapi lamb shank kat Première Hotel ni tak berbau hamis lansung, malah bau salai pada daging sangatlah wangi. Terasa macam makan daging salai di kampung ja.


Korang tengok betapa likat kuah masak lemak tu, memang terasa macam makan kat kampung. Setiap lamb shank berat lebih kurang 450g, memang portion yang besar. Kalau korang jenis tak kuat makan boleh makan dua orang. Tapi macam saya, makan sorang je hahahahahaha


Lamb Shank Salai Lemak Cili Api ini disajikan dengan nasi putih, acar, telur masin, sambal belacan pedas, sayur campur dan keropok ikan. Lemak cili api ini memang makanan yang sangat unik dengan Harga RM48, sangatlah berpatutan. Saya sangat menikmati kuah masak lemak tu, tak habis side dish tu semua. Korang akan jadi terlupa nak makan side dish sebab lamb shank tu sedap yakmat.


Tengok lah kuah masak lemak tu, warna kuning yang cantik, dah tentulah tak guna serbuk kunyit. Tengah menaip ni terasa-rasa kat tekak kesedapan lamb shank masak lemak ni. Ada pulak telur masin, memang membangkitkan selera sungguh. Sesuai sangat untuk berbuka puasa.



Tengoklah roomate ni kemain enjoy makan lamb shank. Roomate ni bukan jenis makan kambing tapi boleh habis sampai tinggal tulang je. Nak bagitau memang sedap, bukan sebab review, jujurnya tersangalah sedap.


Menu kedua adalah Pan-Fried Salted Egg Satay. Kan dah cakap menu kat Première Hotel ni sangat unik. Satay ni memang lain dari satay yang kita selalu makan tu. Kat bahagian luar satay sangat crunchy tapi bahagian dalam tu rasa daging yang lembut dengan perapan yang sempurna. Dihidangkan bersama kuah kacang, timun, bawang dan nasi impit memang menepati selera kita. Harga promosi RM32 sangatlah berpatutan.


Nampak tak kuih kacang tu memang serius sedap ye, kacang tu tak hancur sangat, baru terasa kacang tu kan. Omaigaddd perut terus berbunyi sambil menaip ni haha


Tengok pun boleh tau betapa crunchy satay ni, memang korang wajib cuba satay ni, sangat unik dan tak dapat kat tempat lain


The Buzz Cafe di buka dari 6.30am hingga 11 malam. Selain dua menu spesial ini, buffet ramadhan masih berjalan macam biasa.


Ruangan yang selesa di The Buzz Cafe, jadi tak perlu risau kalau berbuka kat sini, surau dan tandas pun dekat je. Sangat selesa makan kat sini. Untuk maklumat lanjut dan tempahan korang boleh layari:


WEBSITE

FACEBOOK

ALAMAT
Bandar Bukit Tinggi 1/KS6 Jalan Langat, 41200 Klang Selangor Darul Ehsan, Malaysia 

NO TELEFON
03-3325 6868

#Lambshank #masaklemakciliapi #makanannogori #negerisembilan #satay #promosi #thebuzzcafe #hotelpremiere #menuberbuka 













Post a Comment

45 Comments

  1. Sis tak berkenan dengan lamb shank tu tapi dok tengok nak try sate salted egg tu. Nampak sedap je tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap sis lin..kuah kacang dia mabeles

      Delete
  2. Bahaya betul la layan post gini. Terus rasa teringin nak gi - nasib kat Klang. Kalau dekat rumah Rawlins, mau pergi terjah petang kang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha nanti try lah rawlins serius sedap

      Delete
  3. Oh wow.............lamb shank is a very delicious meal. Memang puas hati kalo dpt makan lamb shak for iftar. Thank you for sharing your experience with me.

    ReplyDelete
  4. perghhh.. nampak gambar dah terliur.. saiz begitu memang puas hati dapat makan..

    ReplyDelete
  5. woow....sure you & your hubby had a great feast at this hotel, am tempting to try too :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Ya allahhhh semua makanan dia nampak sedappppp... kuah masak lemak tu oekat helok lahhhh.. terbaik....

    ReplyDelete
  7. wahh first time tgk lamb salai...not bad...selalu lamb gitu makan yang bakar...tapi nampak sedap dan menarik juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik.. tengok ni pun rasa macam nak pi lagi

      Delete
  8. Ya Rabbi, Sis ko kalau berbuka nampak lamb shank ni memang Sis ko serbu dulu ni hahahaha.. giler sedap nengoknyaaa oiiii

    ReplyDelete
  9. Aduhai sedapnya tengok semua makanan. Even telur masin sipi tu pun menggoda. Boleh usha tempat ni try tengok camna.

    ReplyDelete
  10. Fuhhh rindu betul dengan Lamb Shank kak oiiii. Saya kalau teringin pada bulan lain selain Ramadan, saya pi makan kat Secret Recipe. Nampak tak penangan Lamb Shank ni bukan biase biase. Haha. Sedappp gilers.

    ReplyDelete
  11. Aduh..sedapnya. Kalau kambing, tang lamb shank la yang paling sedap.. Masak apa je pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamb shank masak lemak memang berbeza la rasa dia, sedap lain macam

      Delete
  12. Ya ampunn terliur dah tengok makanan dia. Camne radanye sate salted egg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa crunchy tapi kat dalam still rasa perapan satay. tak reti nak described

      Delete
  13. Omg that lamb shank looks so delicious, I really craving for delicious food especially nw having hospital food.

    ReplyDelete
    Replies
    1. speedy recovery for u. after this can have lamb shank ya

      Delete
  14. Kenapa lah CN baca artikel ni masa tengah hari, kan dah rasa teringin nk makan lamb shank ni 😆

    ReplyDelete
  15. mujurlah bulan puasa kalau tak dah lama kena jilat skrin monitor ni..sis mmg suka makan kambing..tu lah kdg2 ada juga yang masak kambing bau hamis kan..tudia dia punya lamb shak masak lemak mmg marvelous

    ReplyDelete
  16. khai tak makan kambing hahaah so tak tau rasa dia camne. maybe boleh suggest dekat family or kawan khai yang mkan kambing mesti dorang suka!

    ReplyDelete
  17. Jangan kata lamb shank .. semua menu yang ada nampak sedap dah ni. Nanti nak try ajak MR Hubby, dia cukup suka masakan kambing. Ralit kalau tengok dia makan. RUang cafe pun nampak cukup selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ruang memang luas dan selesa. surau dan toilet pun dekat je

      Delete
  18. Ya Allah..sedapnya tengok lamb shank tu, dah lama sis tak pekena lamb shank..terlioq pulak tgokv

    ReplyDelete
  19. Whoaa, first time dengar Lamb Shank. Tapi menu lain yang deorang hidang pun nampak sedap and menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. promo mei-jun dua menu ni memang terbaik

      Delete
  20. Hotel Premiere mmg selalu buat hidangan yg lain dr yg lain. Dulu dia pernah buat mee roti..roti tu dijadikan mee

    ReplyDelete
  21. oh the lamb shank looks so yum! Nice to eat with nasi putih right. I wish to try it too

    ReplyDelete
  22. Lain macam haa satay dia , tapi nampak sedap sungguhlah. Habis Ramadhan nanti bolehlah datang cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun plan nak pi lepas Ramadhan. tak kalut sangat

      Delete
  23. tak pernah try lagi gulai lamb shank ni...
    nanti nak cuba lah sebab nampak menyelerakan yang amat !!
    kemain kuning pekat kuahnya..
    ni layan 2 3 pinggan nasi ni

    ReplyDelete
  24. tengok gambar pun dah terliur, apa lagi kalau dah rasa kan. lamb shank salai masak lemak cili api uishh memang sedap kalau makan masih panas.

    ReplyDelete