Assalamualaikum semua
Melaka memang destinasi yang sesuai untuk staycation, sebab jarak yang tak jauh dengan Kuala Lumpur selain nak makan nasi ayam bebola yang terkenal kat Melaka ni. RESTORAN EE JI BAN CHICKEN RICE BALL ni pernah viral suatu ketika dulu sejak Hanis Zalikha mai makan kat kedai ni. Restoran ini menampilkan menu masakan nasi ayam chinese style, tapi jangan risau restoran ni HALAL.
Inilah menu spesial di kedai ni, nasi ni memang sedap, makan tanpa lauk pun dah sedap. Minimum order 10biji (RM4) Kami beli 20 biji lepas tu tambah lagi 10 biji haha
Saja la bergambar kenangan masa dok beratur tu haha sebab tak ada orang lagi masa ni
Menu nasi ayam steam memang paling saya suka, kalau pi mana-mana kedai nasi ayam pun mesti pilih ayam steam (portion untuk seorang makan, korang pilih nak separuh bahagian atau seekor ayam)
Kalau korang tak suka yam steam, ada je ayam roasted untuk korang
Camni ye cara makan nasi ayamnya, diorang akan bagi piring untuk kita, bukan makan macam nasi ayam biasa tu.
Boleh je nak tambah sayur, ada pelbagai pilihan sayur untuk korang pilih. Kami pilih sayur kangkung ikan masin. Bagi saya masin kalau ratah, kalau makan dengan ayam dan nasi sedap je.
Sup ni memang akan dapat kalau korang nak tambah sup lain pun boleh je. Sup bebola ni macam sup kosong je, dia tak macam sup nasi ayam melayu yang penuh rasa rempah.
Sambal ni memang sedap, berkali-kali saya tambah. Cukup segala perasa, masam manis pedas masin semua lengkaplah kiranya
MENGINAP DI EMPIRIO RESIDENCE
Staycation kali ni memang untuk makan je, jadi lokasi penginapan tak penting sangat janji selesa dan harga murah. Disebabkan trip ini tak dirancang, tak buat banyak research, pilih kat booking.com dan terus tempah. Untuk tiga orang dewasa, kami pilih bilik studio di Empirio Residence.
Ada dua katil queen, selesa untuk tiga orang dan tuala pun disediakan
Paling best nak feeling masa mandi. Tingkap tu tinted tau jangan risau, tapi kalau rasa tak selamat boleh je tutup tirai kat cermin tu
Bilik mandi pun selesa dan memang luas
Kemudahan lain yang disediakan kat bilik ni ada peti ais, mesin basuh, microwave pun ada tau. Kalau nak gosok baju jangan risau, seterika disediakan, hair dryer pun ada. Memang lengkap la keperluan kat bilik ni, memang sesuai sangat untuk family. Kalau korang lebih dari empat orang, boleh je bawak toto tido kat bawah, bilik ni memang besar. Harga pun murah hanya RM153/malam dan tak ada deposit.
TIPS CHECK IN:
Kalau korang kesini, korang kena check in sendiri, tak ada kaunter untuk check in. Owner akan whatsapp korang dan bagitau cara untuk ambil kunci di peti surat. Bilik kami di Tower A, ambik kunci di lobi Tower A, lepas tu parking di tingkat 6. Pastikan korang parking berdekatan pintu Tower A tau, Empirio Residence ada Tower A & B, kalau parking di tower B nanti berpusing-pusing pulak korang nak cari pintu ke Tower A.
TIPS CHECK OUT:
Untuk check out nanti korang kena ke lobi semula, tinggalkan kunci di peti surat yang sama. Cumanya, bila turun dari parking, laluan kereta tak ada untuk ke lobi semula, kena keluar jalan besar, dan pusing semula untuk masuk ke Empirio tinggalkan kunci, (jangan lupa untuk update tuan rumah di whatsapp). Dari lobi ada laluan untuk keluar ke jalan besar. (kiri untuk naik ke parking, laluan kanan untuk keluar dari Empirio).
Tu je sedikit tips kalau korang nak makan di EE JI BAN dan nak cari studio yang murah tapi selesa di Melaka. Selamat bercuti!
26 Comments
Wahhh seronoknya. Makanan nasi ayam tu best. Bebola dia homemade kan kak. Hotel tu. Bath tub mengundang kakkk. Bawa Lush bath bomb kalau dapat hotel camni. Bleh relaxxxx.
ReplyDeletetu la. seronok mandi buih haritu hehe
Deletesedapnya tengok nasi ayam steam dia! Walaupun sis kata hotel penginapan tak penting tapi cantik jugak interior hotel tu. Tub dia macam syok je fefeeling princess hehe
ReplyDeletememang feeling sungguh mandi kat tub tu haha
DeleteSaya pun pernah try makan sini. Nasi ayam ball tu memang sedap, ngap-ngap tak terasa dah berapa biji 😆😝
ReplyDeletekann.. makan nasi saja pun sedap
DeleteAla rindu melaka. Peenah makan kat ichiban. Sedap dan puas hati
ReplyDeletememang puas hati, sedap and reasonable price
DeleteNi kedai wajib pergi bila visit Melaka.. memang tak pernah missed lagi so far.. :)
ReplyDeletesama la nell. i mesti makan sini
DeleteWah ramai yg dah mai sini ye. Sis lama tk dpt bjalan ke luar negeri lain. Rice ball tu teringat lak rice ball tuna kfry. Hehe. Mesti sedap walo nampak plain je kalernya kan.
ReplyDeletesedap kak bell. worth to try
DeleteUitt baca tadi terkejut okay, sebab dah berketul-ketul masuk dalam body ni hahahaha.. memangs edap.. datang Melaka mesti singgah juga makan ..
ReplyDeletehahahhaa order 10 ketul sat je, tau2 dah habis haha
Deletetak pernah try makan kat sini lagi. ramai sungguh kata sedap makan sini. one day kena try jugak ni makan kat sini
ReplyDeleteworth to try huda
DeleteBestnya staycation kat Melaka. Chicken rice balls tu memang unik kan? Rasanya takde kat tempat lain kot dalam dunia ni. Haha. Saya suka ayam roasted.
ReplyDeleteyess takda kat sini. try la ummi
DeleteI tried this halal chicken rice shop with my Malay friend that day, so sedap omg smpi byk org cina pn beratur makan sekali haha
ReplyDeletesteam chicken kedai ni style chinese. memang sedap
DeleteMenarik betul menu nasi ayam . Bebola tu pun cam best . Kena try la bila balik Melaka. Orang Melaka sendiri pun tak tahu ada tempat best ni...huhuhu
ReplyDeletebiasa la tu, saya pun taktau sangat tempat makan best kat penang haha
DeleteAyoiii Nasi Ayam dah lah memang makanan kegemaran kita hehehe nak cuba juga lah kalau dekat dah boleh pergi selalu ni heheheheh...
ReplyDeletemelaka dekat je dengan kl maha.boleh ja pi selalu
DeleteBudget hotel tapi mewah dan selesa duduk kat hotel. Makanan kat Melaka memang best dan sedappp!
ReplyDeleteyes travel bajet je tapi selesa
Delete