Alhamdulillah kita dah seminggu berpuasa, Saya nak kongsikan menu sepanjang ramadhan untuk minggu pertama. Kalau ada yang taktahu, saja la nak bagitau, saya berpuasa seorang diri tahun ini, memandangkan kita masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan, jadi tak dapat nak berbuka di luar dengan kawan-kawan. Kebiasaannya pada tahun sebelum ini, penuh 30 ramadhan berbuka dengan kawan, iftar bersama kawan sekolah, kawan hiking, kawan usrah, dan tak lupa juga dengan keluarga, saya akan balik pada minggu pertama untuk berbuka dengan keluarga di kampung. Tapi tahun ini nampaknya rezeki bersahur dan berbuka seorang diri, apapun syukur. So, untuk ingatan diri sendiri, saya saja nak letak menu berbuka saya sepanjang ramadhan ini, dan akan update setiap minggu. Manatau korang boleh dapat idea dari menu-menu ni kan. Entry ini diinspirasikan oleh seorang blogger juga.
RAMADHAN 1
Nasi goreng daging, air tembikai dan popia ketam cheese. Popia ni saya frozenkan, memang aaya ada beberapa jenis kuih frozen yang dah buat masa PKP fasa 1 & 2 untuk bulan puasa. Air tembikai tu saya blend sendiri, minum tanpa gula, sedap betul minum air tembikai sejuk.
RAMADHAN 2
Nasi putih, ayam paprik, dan agar-agar honeydew.
Al-kisahnya ada orang jual honeydew murah kat area rumah ni, masa membeli selalu lupa diri yang tinggal sorang je kat rumah ni kan, jadinya nak elak busuk, sebahagian saya buat agar-agar hoenydew. Kejadiannya cantik sangat sebab agar-agar tu jadi macam ala-ala agar-agar lumut.
RAMADHAN 3
Daging goreng campak2 dan sayur goreng kicap.
Baru ramadhan 3 dah tak ada idea nak masak apa, tekak pula tak terasa nak makan menu tertentu, jadinya, saya peram je daging tu dan goreng je lah. Itulah kaedah masak campak-campak. haha
RAMADHAN 4
Sambal kentang ikan bilis dan ikan goreng.
Petang ramadhan tetiba teringin sambal kentang goreng kering camni, zasss terus la masak. Selalunya petang ramadhan tu baru tekak ni terasa nak makan apa kan, nasiblah ikan bilis tak frozen, sekejapan je boleh masak hehe
Petang ramadhan tetiba teringin sambal kentang goreng kering camni, zasss terus la masak. Selalunya petang ramadhan tu baru tekak ni terasa nak makan apa kan, nasiblah ikan bilis tak frozen, sekejapan je boleh masak hehe
Macaroni cheese & cauliflower dan air kurma susu homemade.
Resepi ni dapat dari Jamie Oliver. Memang suka tengok video masakan Jamie. Haritu ada try buat bread loaf guna resepi Jamie, ya ampun memang cantik kejadiannya. Tapi masih belum kerajinan nak masuk dalam blog hehe Air kurma tu saya cuma blend susu dengan kurma yang direndam semalaman, pastu masuk madu sikit. Kalau lagi banyak kurma lagi sedap.
Mee kari dan roti john homemade.
Roti tu comel-comel je sebab saya yang uli sendiri. Musim PKP ni selalu betul buat roti, alhamdulillah jadi, tapi masih perlu diperbaiki, maybe next roti making nak olah resepi tu. Yang pasti teknik tu dah dapat tangkap lepas beberapa percubaan. Gambar roti john tu adalah sebelum diletak sos dan sayuran. Nama pun homemade, mee kari tu kemain banyak isi sampai mee pun tak nampak haha puas betul makan.
RAMADHAN 8
Burger, roti jala, tauhu berlauk dan nugget tempe.
Burger tu semua homemade ye. Roti, patty dan mayonis saya buat sendiri. Roti guna resepi di youtube, nanti saya sharekan resepi buat roti burger. Tauhu berlauk dan nugget tempe pun buat sendiri untuk kudapan frozen. Penuh peti ais kuih muih frozen. Roti jala tu memang buat 3pcs je, haha sebab sorang je kan, sebenarnya nak habiskan kuah kari tu. Botol roti jalan pun DIY je guna botol mineral water, itu yang rupa tak semenggah haha
Itu je la menu untuk 7 hari pertama ramadhan. Setakat ini belum lagi terjebak dengan pembelian di bazar online. Menang sebolehnya saya elakkan tengok iklan makanan, al maklumlah kang takut nafsu membeli tu tak boleh dikawal haha Alhamdulillah untuk seminggu ramadhan ini, syukur atas segala nikmatNya. Moga kita semua diterima amalan ibadah kita. Salam Ramadhan semua.
40 Comments
Sedapnya menu western Macaroni cheese & cauliflower tu. Okay, nak menuntut ilmu masak Jamie jugaklah
ReplyDeletejamie ni resepinya simple2 je. try lah
Deletekemain menu berbuka..macam-macam resepi dah buat. sedapnya..dah lama tak masak roti jala. nanti buat kari ayam boleh la buat utk berbuka
ReplyDeletehaha tu la, sebab ada lebihan kari ayam tu yang buat roti jala
DeleteSedapnye tgok mnu berbuka spnjg pkp nie.. Bila xde bazaar, mcm nie la yg xtau masak pn skrg da pandai masak..
ReplyDeletekann.. lepas pkp boleh jadi chef dah haha
Deletemenu ni boleh dijadikan panduan buat saya yang sentiasa mati kutu fikir nak masak apa waktu berbuka. hehe
ReplyDeletesaya pun selalu tengok menu org lain untuk jadi idea hehe
DeleteAuch. Sedapnya popia ketam cheese tu. Nak buatlah nanti. Hehe
ReplyDeletememang sedap yang tu. senang plak tu
Deletealhamdulillah, sis.
ReplyDeletesesedap semuanya. terbaik!
roti john, roti jala = aida da buat.
paprik tu lom lagi. dpt idea!
kekadang tu berfikir mcm2, kena tgk item dlm freezer jugak, kan.
tang tu kekadang lost dah idea :) ha ha ha ha...
pkp ni susah nak gi pasar lah hu hu hu...
saya pun masak apa yang ada je tu. 2 minggu sekali baru topup grocery
DeleteWah ada dairy menu setiap hari. Kak pun dah lupa apa menu setiap hari huhu.
ReplyDeletesaja je kak, tepek sini supaya tak lupa hehe
DeleteBurger tu tingginya.. Sedap semua menu.. Alhamdulillah.. Masak sendiri puas hati erk. .memang kdg pening dah nak masak apa
ReplyDeletehahaha sebab patty buat sendiri. tu yang tinggi
Deletealhamdulillah walaupum berbuka seorang diri, tapi masih boleh makan sedap2. sedap2 belaka menu2 ni
ReplyDeletealhamdulillah pkp ni memaksa jadi lebih kreatif haha
DeleteAlhamdulillah semua ni rezeki kan di bulan puasa. Semua nampak sedap. Ni pun kira meriah walaupun berbuka seorang diri. Kalau saya seorang yang berbuka menu memang tak meriah macam ni lah.
ReplyDeletesebab pkp je ni. bosan nau kat rumh
Deletewahh menarik menarik menu berbuka puasa.iena kadang-kadang masak..kadang kadang beli..ikut situasi..kalau kerja opis banyak sangat memang tak sempat masak :D
ReplyDeletetu la. ni pun sebab pkp, work from home je. sempat la na masak
DeleteWalaupun nampak simple, tapi semuanya mengenyangkan, tambah-tambah Sis ko nengok itu burger woooo...kemain syokk kalau dapat gigit tu, sedap gilee...
ReplyDeletepaling puas burger tu la. rpti patty semua buat sendiri
DeletePopia ketam cheese tu buat Sis lapo. Samalah dengan Sis, ada beberapa kuih yang Sis buat awal dan frozenkan. Amat berguna di waktu kecemasan. Tinggal nak keluarkan dari peti sejuk dan goreng.
ReplyDeletekann freezer saya pun penuh kuih frozen haha
DeleteSemuanya sedap belaka. Akak pun bukan hari-hari berbuka nasi. Kekadang perut ni nak makan simple je. Roti John aje pun ok. Hehehe
ReplyDeletebetul muak pula hari2 berbuka nasi
DeleteSedapnya menu berbuka. Kena masuk dalam list ni kot kot nanti dah out of idea nak masak apa kan. Thank you bagi idea hehe
ReplyDeletemoga manfaat
DeleteTahun depan mesti boleh rujuk balik posting ni. Dah tak perlu fikir nak masak apa hehe
ReplyDeletehehe moga manfaat
Deletemenarik idea berbuka puasa ni boleh bagi saya idea nak masak apa. Terima kasih sharing. Anyway favorite saya adalah roti jala
ReplyDeletesedap roti jala. nak buat mudah.
DeleteBoleh tahan juga sedap2 menu juadah berbuka puasa bae ni.. Jaga diri tau.
ReplyDeletealhamdulillah thanks za
DeleteAlhamdulillah, sedap-sedap juadah berbuka setiap hari. Moga dimurahkan rezeki selalu ya.
ReplyDeleteaamiin
DeleteAlhamdulillah. Sis sorang pun menu best2. Teringat adik kat kl. Entah apa la dimakan nya😅😅 tak semua anak dara ni pandai masak. Harap dia oklah
ReplyDeletetak masak pun takpa grab foodpanda ada haha
Delete