Batam terletak di Kepulauan Riau, Indonesia bersebelahan dengan Johor merupakan daerah terbesar di Kepulauan Riau atau singkatannya KEPRI. Penduduk di Batam majoriti adalah melayu, jadi bahasa yang digunakan juga seakan bahasa melayu yang mudah difahami oleh orang Malaysia. Makanan di sini juga tidak jauh berbeza berbanding masakan kita di sini cuma mungkin nama makanan saja tak sama., contohnya Mee rojak di Malaysia, tetapi di sini di panggil Mee rebus kacang. Nama saja berbeza tetapi makanan yang sama.
Setelah beberapa kali ke Batam, harini baru rasa yakin nak share tips ke Batam menaiki pengangkutan awam. Saya akan share tips dari Kuala Lumpur, jika korang dari daerah/negeri lain sekurang-kurangnya korang ada sedikit idea macam mana nak ke Batam. Okay jom kita ke Batam! haha
Dari KL, saya ambil bas di TBS(Terminal Bersepadu Selatan) boleh ambil je apa-apa bas ke Larkin. Perjalanan mengambil masa kurang dari 5jam. Stesen Larkin merupakan stesen bas utama di Johor. Untuk yang tak pernah ke stesen Larkin, surau terletak di tingkat atas dan akan dikunci selepas solat isyak (jangan ada plan untuk tidur di surau stesen Larkin).
Untuk menaiki feri ke Batam, kita perlu ke Terminal feri Puteri Harbour. Dari stesen Larkin, boleh ambil shuttle bas secara percuma yang disediakan untuk ke terminal feri.
Shuttle bas ini beroperasi seawal 6.30am dan pickup point adalah di hadapan bangunan mara. Jalan kaki ke bangunan mara lebih kurang 2minit je dari stesen bas. Perjalanan ke Puteri Harbour terminal feri sekitar 40 minit. Shuttle bas akan hantar betul-betul depan terminal feri kerana Puteri Harbour adalah stesen terakhir untuk shuttle bas.
Tips: ambil bas lewat malam, jadi sampai di stesen Larkin awal pagi boleh terus naik shuttle bas.
Korang boleh walk in atau beli tiket feri secara online. Harga untuk sehala adalah lebih mahal berbanding tiket dua hala(return). Harga seperti gambar dibawah.
Oh ya, sea port tax RM1 juga dikenakan. Nanti jangan terkejut pula bila kena charge extra.
Terdapat beberapa syarikat feri yang beroperasi di terminal Puteri Harbour. Saya memang syorkan untuk memilih Dolphin Fast Ferry. Perkhidmatan terbaik, harga berpatutan dan yang paling penting sangat selesa serta bersih. Setelah mencuba beberapa feri yang lain untuk ke Batam, kini memang Dolphin Fast Ferry saja pilihan hati sekiranya nak ke Batam.
Untuk masa pelepasan, boleh rujuk pada jadual yang dikeluarkan oleh Dolphin. Korang mesti ada di terminal 2jam sebelum waktu pelepasan supaya cukup waktu untuk proses checking tiket, kastam dan imigresen.
Tips: Untuk penjimatan berganda beli return tiket dan mintak open tiket untuk tiket return.
Perjalanan ke Batam menaiki feri mengambil masa 2jam, namun tak terasa jauh sebab sepanjang perjalanan tidur je, tau-tau dah sampai ke Batam. Tidak ada kedai jual air atau kudapan, tapi jangan risau, Pihak Dolphin menyediakan air minuman untuk semua penumpang, korang boleh minta je dengan staff feri.
Itu je sedikit sebanyak tips ke Batam dengan menaiki bas dan feri. Moga info ini bermanfaat buat semua. Selamat bercuti ke Batam!
28 Comments
Tips yang ringkas dan menarik.. Thanks for sharing
ReplyDeleteawak dah teror nak ke batam
DeleteTerima kasih share sbb ramai yg mungkin tak tau cara nak pg ke Batam, tijet ferry pun taklah mahal, Batam oun cantik tempatnya.
ReplyDeletebetul tu kak
Deletetk pernah lg smp BATAM..ada tgk kwn2 yg stay kt johor pi sana..mmg lg murah kalo bli tiket 2way trus kn...tq for sharing tips
ReplyDeleteyes beli je tiket return, mintak open ticket.
DeleteRindu nak travel. Selalu tiap2 tahun ada peluang travel tp tahun ni kena bersabar dengan musim covid ni. Mudahan sampai kt batam ni, xpernah jejak lagi
ReplyDeletekannn lama lagi kita boleh travel oversea terutama indonesia
DeleteTak pernah sampai lagi. Pernah ada niat nak ke jiran Batam iaitu Pulau Bintan. Nanti dah reda Covid19 ni boleh la melancong ke sana pula.
ReplyDeletepulau bintan saya dah pi, rasanya ada netry pulau bintan, feel free to check ya
DeleteBoleh save ni, nanti kalau nak ke Batam senang, naik Dophin ni je, nampaks elesa je kapalnya tu...kalau dulu naik ferry tu, makk aii sesak dan sempit dengan orang dia aje..huhuhu
ReplyDeletesaya pernah naik few boat ke batam, so far dolphin paling selesa
DeleteAuwww!!!!!!!! This is so cool. Mesti best kan dpt travel nail ferry. Thank you for sharing your story. I miss traveling.
ReplyDeletemight take a year before we all can travel overseas. bertabahlah
DeleteBoleh tahan juga harga nya naik ferry tu... Tapi ok la dekat sikit dah murah lagi dari naik flight kan?
ReplyDeletekalau dari kl flight ke batam limited dan harga sangatlah membunuh haha. pernah check, 800+ return ticket
DeleteWow boleh naik ferry ye..kita tak tau pulak..tak pernh pergi Batam pun..ehehe..boleh share dengan member ni
ReplyDeleteBeberapa kali juga ke Indonesia tapi belom sampai ke Batam. Btw takut nak naik feri. Huhu.
ReplyDeletedolphin ni okay kak bel. mintak seat atas, tak rasa sangat macam naik bot
DeleteTeringin nak pergi batam, dengar kata tempat shopping dia best dan murah, tapi PKP nih kite habiskan dulu yea.. lepas ni baru ON mood travel
ReplyDeletebetul lepas pkp baru plan travel
DeleteBest ni kalau dapat pergi dengan kawan kawan kan.. Tak perlu pening kepala handle anak anak. Haha..
ReplyDeletebetul...batam banyak pulau2 cantik
Deletetak pernah ke Batam lagi, sis. pernah sekali ofis buat lawatan berobjektif ke sana, visit kastam sana. tapi tu la, saya tak join sebab masa tu cuti belajar, ada kelas.
ReplyDeletemenarik jugak tempat-tempat di batam, kan.
in shaa Allah nanti thn akan dtg, boleh la kita gi.
ye sana banyak pulau cantik2
DeleteBatam ni saya xpernah sampai lagi... Teringin nak pergi, sebab dekat jugak kan... Doa lah mudah mudahan Covid-19 ni cepat selesai.
ReplyDeletemudah2an aamiin
DeleteNampak macam seronok ni naik ferry pergi Batam. tak sabar nak tunggu PKP habis nanti nak pergi bercuti sana. Banyak info boleh ambil dari sini untuk persediaan
ReplyDelete