Ad Code

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Trip kali ini sebenarnya bertujuan untuk trip santai ke Lata Penyel, namun hasil dari meracun fikiran geng Lata, dapat lah hiking ke Bukit Berekeh hehe. Tak seronok kalau trip terlalu santai kan. Trip Lata Penyel di ketuai oleh Hus si abam bidang haha

Hasil dari peng'google'lan (teruk betul bahasa haha) menurut wowmalaysia.com.my Lata Penyel terletak di perkampungan orang asli Pos Yum lebih kurang 60 kilometer dari pekan Sungai Siput. Pos Yum terletak di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa merupakan sempasan Perak-Kelantan, berhampiran Gunung Yong Belar. 

Kami berkumpul di simpang depan hospital sungai siput sekitar pukul 11am. Ingatkan Lata Penyel tak jauh dari Bandar Sungai Siput, tekaan meleset jauh. Perjalanan mengambil masa lebih 1jam dari simpang Hospital Sungai Siput ke Pos Yum. Sementara menunggu semua tiba, sempat pulak kami kenduri durian di situ hehe. Ada pakcik jual buah depan Hospital Sungai Siput.

Tiba di Perkampungan Orang Asli Penyel, perlu trekking lebih kurang 15minit untuk ke air terjun Lata Penyel. Track landai namun berbukit pasti sedikit semput bagi yang tak biasa trekking/hiking. Di tambah pula perlu bawa ration masing-masing. Kepenatan akan hilang setibanya di air terjun. Tempat yang sangat indah, tenang dan udaranya bersih sangat. Terpegun dengan keindahan air terjun penyel. Haruslah bergambar dulu haha

Cantik sangat air terjun Penyel ni

Di situ terdapat banyak gazebo yang boleh di tempah melalui orang asli yang menjaga di situ. Kemudahan seperti tandas dan gazebo bertutup untuk wanita juga disediakan.

Yang best untuk trip kali ni kami semua masak sendiri. Menu untuk lunch kami masak nasi putih, gulai ikan kering dan terung, sambal belacan, sambal kicap dan ayam goreng. Malam kami bakar ayam, sosej dan kambing.  Kambing sold out berebut-rebut. Ramai peminat kambing rupanya trip kali ni haha

Lepas dah kenyang masak air panas dan buat kopi o kaw sambil main sahiba. asyikkkk banget haha.
Esoknya pukul 4.30am kami bergerak ke Bukit Berekeh untuk hiking. Bersemangat semua nak hiking. Memandangkan ini trip Berekeh 2.0 jadi ceq santai-santai saja. Kami tiba di starting point kelapa sawit sekitar 5.30am dan bersiap-siap untuk terus mendaki

Trip Berekeh 2.0 ni catatan masa lebih baik dari sebelum ini. Hiking di 5 puncak hanya mengambil masa 45minit untuk moderate pace tanpa henti. Starting point Berekeh ada dua iaitu berdekatan masjid dan satu lagi di ladang kelapa sawit. Laluan ini akan bertemu di peak yang pertama. Jadi, masa nak turun perlu lebih tahu laluan mana yang naik tadi kalau tak perlu menapak ke starting point yang berbeza yang agak jauh. kalau dari peak, laluan kekanan adalah laluan ke starting point kelapa sawit dan laluan sebelah kiri laluan ke starting point masjid. Simpang tu tak banyak beza jadi ramai yang tersalah waktu turun termasuk lah geng-geng Lata kami. Nasib diorang baik ada pakcik yang sudi tumpangkan ke starting point yang kami tunggu.

The best team. Semua baru kenal tapi rapat macam sedara


Sunrise di Berekeh

Peak of Berekeh


HIKING LOG BUKIT BEREKEH

Level difficulty: Moderate

5am -  6.10am : starting point kebun to peak. Trek clear, no starting point.

Tips hiking bukit berekeh

1. Bawak air dan coklat secukupnya
2. Jangan ikut pace orang lain. tak larat berhenti je
3. Boleh bawa hiking stick sebab masa di 5 peak agak curam bagi yang tak biasa hiking'
4. Pakai knee guard untuk kebaikkan lutut.
5. Naik before masa gelap (before sunrise around 5-5.30am) jadi tak mental sangat bila tengok jalan yang curam dan sempit di setiap peak.

Itu je rasanya tips untuk beginner. Bagi yang dah biasa hiking, berekeh ni boleh sesuai untuk latihan trail run dengan keadaan 5 peak yang naik turun tu. As always view Berekeh tak pernah menghampakan.

UPDATE: Kalau korang nak contact number untuk guide atau tok batin lata penyel boleh email saya di robaeyah.roslan@gmail.com


Bae Roslan
Bukit Berekeh & Lata Penyel
26-27 January 2019

Post a Comment

79 Comments

  1. HI!

    Saya Mike dari PTT Outdoor dan kami berminat nak collaborate dengan blogger blogger yang minat outdoor.

    Camner ya nak contact pemilik blog? Sbb tak dapat cari email. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh contact saya robaeyah.roslan@gmail.com

      Delete
  2. Cantiknya Kepri Coral, event dia pun bestkan, enjoy bila ada kat situ mcm2 aktiviti

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. boleh je camping Di peak tapi perlu bawa air sendiri. tiada sumber air

      Delete
  4. Hi Mantong, di Lata Penyel boleh camping. Sewa tapak dengan orang asli. Kalau di Bukit Berekeh tak boleh camping takada waterpoint melainkan nak bawak air dari bawah lah hehe

    ReplyDelete
  5. Hi Mike, you can contact me at robaeyah.roslan@gmail.com. Sorry for late reply.

    ReplyDelete
  6. Cantiknya pemandangan di air terjun tu. Berbaloi hiking bila jumpa view sebegitu. Buat photoshoot indah betul kat situ

    ReplyDelete
  7. Siapa yang berminat nak hiking ke Bukit Berekeh ni eloklah baca tips yang diberikan ini.

    ReplyDelete
  8. seronok tengok aktiviti menyihatkan macam ni, bila dah sampai puncak memang satu kepuasan yang tak dapat nak cerita. Hmm taktaula larat ke tak nak mendaki lagi haha

    ReplyDelete
  9. Saya bukan kaki panjat gunung walaupun pernah daki Gunung Ledang dan bukit bukau di Pulau Besar gara2 nak tulis cerita mengenai Putri Gunung Ledang jadi tak berapa tahu nama nama Gunung lain di Malaysia apatah lagi Gunung Berekeh ini. Bagi pendaki mesti seronok kan? Itu lah terakhir saya daki ketika menjadi wartawan majalah WANITA dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berekeh ni hanya 1/4 cabaran di gunung ledang. sesuai untuk beginner

      Delete
  10. Bestnya. Lama gila tak hiking ni. Nak start pun mesti dah pancit ni lama sangat tak naik. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik pelan2 je kalau dah lama tak hiking. janji sampai hehe

      Delete
  11. Cantiknya air terjun.. suka tgk nampak tenang sangat.. dapat mandi sini sgt best

    ReplyDelete
  12. cantiknya dekat puncak bekereh tu. Mesti sejuk dekat atas sana kan, view sunrise pun cantik. Berbaloi sangat naik atas tu sebab dapat tengok semua ni. Mahal pengalaman ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi2 sejuk, bila matahari dah naik kurang sejuk sebab berekeh tak tinggi pun hehe

      Delete
  13. cantik sangat pemandangan tu. cuma saya ni la tak suka hiking atau hutan2 semua ni. tengok gambar je suka

    ReplyDelete
  14. Pestime dengom Berekeh tu heheheh...untung hiking ni, dapat nikmati keindahan alam yang cantik dari atas..teringin juga tapi.... hehehehe

    ReplyDelete
  15. Long time never go out that place looks so beautiful with the waterfall

    ReplyDelete
  16. RIndunya nak hiking dekat bukit berekeh.Cantik sangat view kat sana kan :)

    ReplyDelete
  17. Banyak juga ye pengalaman dan tempat-tempat Bae dah hiking. Memang suka hiking eh? Saya takde la minat sangat, tapi boleh la.. hehe. Nanti boleh la free-free lepas PKP ni join day trip mana-mana

    ReplyDelete
  18. best tengok gambar hikinng ni. rindu nak hiking..nak nikmati keindahan alam di atas puncak.. memang best sangat2

    ReplyDelete
  19. Cantiknya air terjun tu. Tak pernah lagi sampai ke sini. Nanti lepas PKP boleh la p kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best. booking semua hut untuk family. air terjun tu kita yang punya haha

      Delete
  20. I miss travelling and my last trip before PKP was to Kenaboi Park and Waterfalls.

    ReplyDelete
  21. nak pergi air terjun lata penyel tu kena booking dulu ke boleh terus pergi, dan brp sewa untuk tapak perkemahan dan gazebo tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kena booking dengan tok batin di situ. saya tak ingat harga sewa tent.

      Delete
  22. Klau camping kat lata penyel tu tanpa sewa pondok tu bleh ke?? Mksud nye psg khemah atas tanah je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti. maybe boleh tapi bayar tapak pada tok batin rasanya.

      Delete
  23. Macam mana nak booking chalet kt lata penyel tu ya? Ada no telefon ka??

    ReplyDelete
  24. hiking berekeh perlukan guide tak? bestnya view kat atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu pun takpa. single trek je. tapi new sop ni rasanya dah kena ada guide.

      Delete
  25. kalau kita tau jalan naik sbb dah penah naik...perlu surat kebenaran kew?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sebelum covid tak perlu surat kebenaran. tapi kalau sekarang saya kurang pasti

      Delete
  26. Kalau masa hiking pagi2 tu ramai org x masa nk naik klu hujung minggu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujung minggu biasanya ramai. better naik awal. sebelum pukul 5 pagi

      Delete
  27. hujung minggu biase ramai..... ade dua jalan naik..melalui masjid ataupoen jalan besar.....kul 3 biase tgk depa naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu. masing-masing nak kejar sunrise

      Delete
  28. Nampaknya macam best lar boleh mendaki dan melihat pemandangan yang begitu cantik dari atas bukit. Memang relaxing.

    ReplyDelete
  29. Actually kan, walaupun saya dah banyak kali juga la hiking, tapi tak pernah bwk ration sendiri hahaha. Semua trip manja, porter yg bawakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa. kepuasan hikinh setiap orang berbeza beza. janji enjoy

      Delete
  30. a nice place to hike, I miss hiking too, love the scenery at peak. thanks for sharing this. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  31. What a beautiful experience you had. Love this post! All your pictures are beautiful to look at too. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  32. Antara trip hiking ku yang tak kesampaian sebab takde kaki nak pergi sama...lawa kott tempat nih 😃

    ReplyDelete
  33. Wahh..cantiknya view 😃😃 Hiking ni eventhough penat tapi for sure rasa berbaloi and hilang penat bila dah sampai..lagi-lagi dengan view cantik macam ni 🤩

    ReplyDelete
  34. subahanallah.. cantik nya pemandangan !!!!! atie dah lama tak hiking, mau skali start ni lembik kaki agaknya.. hee~

    ReplyDelete
  35. Wah cantiknya air terjun tu. Tak sangka kat Sungai Siput ada air terjun cantik mcm ni padahal sy org Perak. Nampaknya kena explore lebih ni kat negeri sendiri 😅

    ReplyDelete
  36. i love hiking and i definitely need to add this onto my list. the views are amazing!

    ReplyDelete
  37. Dah lama teringin nak santai di Lata Penyel ni, serius air terjunnya lawa. Btw, dari Lata Penyel ke starting point nak hiking Berekeh tu, kena gerak guna kenderaan dulu ke? Jauh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kena guna kenderaan. jarak agak jauh nak keluar dari lata penyel ke starting point.

      Delete
  38. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. For now I pun stop dulu hiking.. bagi dunia pulih dulu, tak lari pun bukit gunung tu kan hehe

      Delete
  39. Nak ke sana perlu permit tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tak perlu, rasanya sekarang dah kena apply permit

      Delete
  40. lama mengidam nak pi sini......huhuhu

    ReplyDelete
  41. Jemput ziarah ke Cameron pula...
    Ada banyak pilihan puncak, bukit dan gunung..
    Boleh roger2..
    0139382810 jamizal
    insha allah 😊🙏🏼👍🏼

    ReplyDelete