Ad Code

.:: Resipi Soo Hoon Goreng Simple ::.

Kalau korang ada baca entry yang lepas korang, aku ada buat bakso, baki soo hoon tu banyak lagi so sayang la nak buang. apa lagi mari kita recycle resipi, takda la membazirkan. anyway, korang pernah tak makan soo hoon goreng. mula-mula aku ingat nak buat ala-ala nasi ambeng gitu, tapi dek soo hoon tu banyak sangat (ada ke pi rendam semua soo hoon), so terpaksa buat sebagai bihun goreng..ekeke

dah-dah baca resipi ajaib ni ok..ajaib?pengsan mak uollsss..haha

>>bahan-bahan

soo hoon
kobis >> ikut suka
bawang merah
bawang putih
sedikit cili padi
sedikit kicap
bebola (fishball,meatbal etc) >>ikut suka
sedikit garam

>>cara-cara

tumis bawang merah, bawang putih, cili padi yang dah ditumbuk, biarkan sehingga layu dan naik bau. kemudian masukkan bebola. goreng sekejap then, masuk soo hoon,kicap,garam dan gaul rata. last, masukkan kubis dan goreng sehingga kobis sedikit layu.siap! simple giler kan..hehe

jom layan photo ni. penat upload ok.. 

ni la hasilnya. dihidang bersama ayam panggang.
maaf la ye gambar cam hampes.aku tak tau la nape dia senget camni tak reti ak rotate camna, sebab kalau aku open picture ni takda lak dia senget ke apa kan..tak paham la. buta IT gini la jadinya.sedih kan aku.haha eh jom aku nak tayang picture ayam panggang.hehe.sila terliur ye.haha

ni masa tengah panggang ni.

ok, ayam ni hanya diperap dengan daun rosemary dan oregano. walaupun warna dia suram je tapi rasa dia tak terjangkau akalmu ok..hehe

ok la, jangan lupa cuba ok.hehe. resipi ni boleh diaplikasikan waktu-waktu emergency..hehe. eh ntice tak aku guna scema word. "aplikasi" OMG, akukah ini?hahaha..ok la bye-bye.

.: Thanks for reading Bae's blog :. 

Post a Comment

0 Comments